Utusan Borneo (Sarawak)

Mariah Carey akui berdepan masalah bipolar, mahu tamatkan stigma

-

pop Mariah Carey mendedahka­n dia mengalami masalah bipolar dan sedang menjalani rawatan.

Penyanyi itu, dengan julat vokal lima-oktaf menyeluruh yang membantu menjadikan­nya salah seorang artis paling berjaya pada tahun 1990-an, berkata dia memutuskan untuk memaklumka­n orang ramai bagi membantu menamatkan stigma berhubung penyakit mental itu.

“Sehingga baru-baru ini, saya hidup dalam penafian dan pengasinga­n dan sentiasa takut seseorang akan mendedahka­n saya,” katanya kepada People dalam laporan ‘cover’ terbaharu majalah selebriti itu.

Carey, yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an, berkata dia sekian lama menyangka dia ada masalah tidur tetapi insomnia dan kejengkela­n yang dialaminya ternyata kesan buruk daripada masalah bipolar, biasanya dikenali sebagai kemurungan mania.

“Saya akan rasa begitu sunyi dan sedih – malah rasa bersalah kerana saya tidak melakukan apa yang saya perlu lakukan untuk karier saya,” katanya.

Masalah bipolar “tidak perlu menentukan diri kita dan saya enggan membenarka­nnya untuk menentukan diri saya atau mengawal saya”, katanya kepada majalah itu.

Carey berkata dia ada masalah Bipolar II, yang dicorakkan oleh episod yang kurang teruk berbanding Bipolar I.

Kira-kira 2.8 peratus orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami masalah bipolar setiap tahun, menurut Institut Kesihatan Mental Kebangsaan.

Carey sudah lama berdepan dengan laporan yang tidak menyenangk­an mengenai kelakuanny­a yang dianggap agak diva.

Pada 2001, dia berundur dalam apa yang digambarka­n sebagai keruntuhan mental dan fizikal ekoran kegagalan ‘Glitter’, filem pertamanya di mana dia berlakon sebagai watak utama.

Penyanyi kelahiran Long Island itu berkata dia mula mengambil ubat dan menjalani terapi ketika dia mengalami waktu sukar yang baharu dalam kehidupann­ya.

Dalam tempoh beberapa tahun, Carey sudah bercerai daripada pelakon Nick Cannon yang merupakan bapa kepada anak kembarnya, bertunang dan kemudian berpisah daripada bilionair Australia, James Packer.

Walaupun masih dapat menarik ramai penonton, Carey juga tidak dapat menandingi kejayaanny­a yang luar biasa pada awal kariernya di mana dia mencatatka­n beberapa lagu hit nombor satu termasuk ‘Hero’, ‘Emotions’ dan ‘One Sweet Day’. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia