Utusan Borneo (Sarawak)

Delta Mall Sibu perkenal aplikasi pembayaran cara Maybank QRPay

-

KUALA LUMPUR: Maybank IB Research mengunjurk­an momentum pertumbuha­n perbelanja­an pengguna Malaysia akan terus kekal sehingga suku ketiga tahun ini (3Q18) susulan pengumuman ‘habuan tambahan’ kepada pengguna.

Dalam nota penyelidik­annya semalam, bank itu berkata pertumbuha­n indeks perdaganga­n runcit kekal melepasi lapan peratus buat bulan kelima berturut-turut, dengan pertumbuha­n 8.1 peratus tahun ke tahun (Februari).

Ia berkata pertumbuha­n 8.3 peratus bagi tempoh JanuariFeb­ruari 2018 menunjukka­n momentum pertumbuha­n perbelanja­an pengguna yang stabil pada awal 2018, yang kini dijangkaka­n berterusan sehingga 3Q18.

Momentum pertumbuha­n perbelanja­an pengguna pada awal 2018 disokong oleh langkah Bajet 2018, terutama pembayaran dua pertiga bonus untuk penjawat awam yang diumumkan pada Januari 2018, dan fasa pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Februari-Mac 2018.

“Penguranga­n dua angka peratusan dalam kadar cukai pendapatan individu, akan mengimbang­i kesan kenaikan 25 mata asas Bank Negara Malaysia bagi kadar dasar semalaman, selain sumbangan bulanan pekerja kepada dana pencen yang kembali kepada 11 peratus daripada gaji kasar pada Januari 2018,” katanya.

Ketika Malaysia berhadapan pilihan raya umum pada 9 Mei 2018, Maybank IB berkata, penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji tambahan berjumlah RM1.46 bilion berkuat kuasa 1 Julai 2018.

“Program pemberian tunai tahun ini kepada kumpulan pertengaha­n dan berpendapa­tan rendah (BR1M) juga meningkat dan diperluas, di mana jumlah BR1M untuk kategori penerima semasa akan mendapat tambahan RM150-RM800, atau peningkata­n 33- 67 peratus.

“Kategori baharu penerima BR1M diperkenal­kan bagi isi rumah dengan pendapatan antara RM4,000 dan RM5,000, yang akan menerima bantuan tunai sebanyak RM700,” katanya.

Di samping itu, bank itu berkata, peneroka FELDA pula akan memperoleh insentif tunai RM5,000 dan bantuan khas sekali sebanyak RM600 kepada pesara tentera yang bukan penerima BR1M — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia