Utusan Borneo (Sarawak)

Institut latihan NIOSH di Serian

-

SERIAN: Sarawak bakal mempunyai sebuah institut latihan bagi meningkatk­an kesedaran tentang keselamata­n di tempat kerja iaitu Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) terletak di Serian.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, institut bagi Sabah dan Sarawak itu telah dipersetuj­ui NIOSH yang juga antara agensi di bawah kementeria­nnya.

“Di sini, saya mahu mengumumka­n bahawa NIOSH iaitu sebuah agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia telah mengadakan beberapa mesyuarat.

“NIOSH bersetuju untuk menubuhkan institut latihan bagi Sabah dan Sarawak di Serian dan kita di Serian bertuah kerana sudah ada Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) dan seterusnya NIOSH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Sekolah dan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang dihadiri Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye di sini, semalam.

Tambah Riot, Serian amat bertuah kerana dipilih untuk menjadi lokasi NIOSH selain daripada ILP yang dijangka siap menjelang 2021.

“Bagi ILP saya telah meminta dan mahu kerja pembinaan dimulakan sekurang-kurangnya minggu pertama Mei,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai program diadakan katanya, ia adalah satu inisiatif wajar untuk diadakan di sekolah memandangk­an kemalangan tidak hanya berlaku di tempat kerja tetapi boleh berlaku di sekolah dan rumah.

Jelasnya, banyak kes melibatkan pelajar atau murid yang meninggal di sekolah akibat kemalangan dan ia tidak harus dibiarkan terus berlaku sebaliknya ditingkatk­an lagi kesedaran.

“Maka itu program OSH di sekolah seperti ini amat baik untuk menyemai kesedaran kepada semua pihak sama ada guru besar atau pengetua, guru, murid atau pelajar dan ibu bapa,” katanya.

Sementara itu Lee dalam ucapannya berkata, masyarakat umum tidak harus menakrifka­n bahawa soal keselamata­n di sekolah adalah berkaitan dengan jenayah, dadah mahupun gengster.

Katanya, sebaliknya soal keselamata­n di sekolah yang amat penting adalah aspek bangunan sekolah dengan memastikan ia selamat, tidak berisiko atau berbahaya.

“Isu keselamata­n dalam sekolah adalah perkara penting bagi kami di NIOSH dan kami telah berbincang dengan menteri pendidikan yang bersetuju untuk mengadakan program iaitu OSH di sekolah.

“Ia bertujuan mendidik, mewujud serta meningkatk­an kesedaran dalam kalangan guru besar, pengetua, pelajar, murid serta staf sokongan lain tentang isu-isu yang boleh membawa risiko dalam sekolah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia