Utusan Borneo (Sarawak)

AHLI PERNIAGAAN MANGSA TERBAHARU ‘MACAU SCAM’

-

SIBU: Seorang ahli perniagaan menjadi mangsa terbaharu penipuan ‘Macau Scam’ apabila diperdayak­an untuk membuat bayaran tunggakan kad kredit yang tidak wujud.

Mangsa, 52, mengalami kerugian keseluruha­n berjumlah RM195,900 selepas membuat 39 transaksi pemindahan wang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa menerima panggilan kononnya daripada seorang pegawai bank.

Katanya, pemanggil tersebut memberitah­u pengadu bahawa dia mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM13,268.

Perbualan pengadu kemudian disambungk­an dengan seorang ‘pegawai polis’ yang memaklumka­n pengadu bahawa namanya telah digunakan untuk membuka akaun yang banyak dan tidak selamat.

Katanya, ‘pegawai polis’ tersebut memberitah­u pengadu bahawa satu laporan polis telah dibuat atas namanya di Balai Polis Petaling Jaya.

Stanley berkata, pengadu diarah untuk memindahka­n wang ke dalam empat akaun bank berlainan.

“Setelah pengadu memindahka­n wang tersebut, panggilan dimatikan dan pengadu disekat untuk membuat panggilan ke nombor telefon tersebut,” katanya lanjut.

Curiga dengan keadaan itu, pengadu berjumpa seorang pegawai bank di sini namun dinasihatk­an untuk membuat laporan polis kerana dirinya telah menjadi mangsa kes penipuan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki menipu,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia