Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT MANGSA TERJATUH DI SUNGAI BARAM DITEMUI

-

MARUDI: Selepas lebih 24 jam, mayat mangsa hilang akhirnya ditemui tengah hari semalam kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh dari perahu di Sungai Baram berdekatan Lubok Nibong, Marudi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jamin Seligi, 51, ditemui pekerja kapal tongkang yang melalui sungai itu kira-kira jam 12.35 tengah hari.

“Semua pasukan penyelamat yang terlibat terus bergerak ke tempat mangsa dijumpai selepas menerima maklumat dari kapal tongkang tersebut.

“Mayat mangsa kemudianny­a dibawa menggunaka­n bot polis ke Jeti Kerajaan Pekan Marudi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a kira-kira jam 12.56 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Law berkata, susulan penemuan mayat mangsa hilang itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan jam 12.57 tengah hari.

“Operasi SAR hari kedua pagi tadi (semalam) bermula seawal jam 6.10 pagi melibatkan tiga pasukan SAR.

“Selain aset bomba dan polis, penduduk kampung turut membantu pada hari kedua menggunaka­n beberapa perahu,” katanya.

Dalam kejadian pagi kelmarin, mangsa dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan menuju ke Pasar Marudi untuk menjual hasil ikan dan udang.

 ??  ?? TRAGIK: Mayat mangsa hilang dipercayai terjatuh dari perahu di Sungai Baram berjaya ditemui tengah hari semalam.
TRAGIK: Mayat mangsa hilang dipercayai terjatuh dari perahu di Sungai Baram berjaya ditemui tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia