Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terbaik, masyarakat peramah dan harmoni: Dev

Tiada masalah sepanjang bertugas di negeri ini, Dev bakal naik pangkat dan berpindah ke Bukit Aman mulai 14 Mei ini

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: “Antara semua negeri yang pernah saya bertugas, Sarawak adalah yang terbaik dengan masyarakat­nya yang berbilang kaum, peramah serta suasana yang aman dan tenteram.”

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar.

Dev berkata, Sarawak merupakan negeri pertama beliau memulakan kariernya sebagai pegawai polis dengan menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Berat di Balai Polis Sentral di sini pada 1983.

“Saya tidak menghadapi masalah sepanjang bertugas di negeri ini, cuma saya rindukan keluarga di Kuala Lumpur,” kata pegawai kanan polis terbabit yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Dev, 57, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah dijangka memulakan tugas baharunya sebagai Timbalan Pegawai ( Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK)

Saya tidak menghadapi masalah sepanjang bertugas di negeri ini, cuma saya rindukan “keluarga di Kuala Lumpur. Datuk Dev Kumar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan memangku pangkat Timbalan Pesuruhjay­a Polis (DCP) pada 14 Mei ini.

Jawatan KJSJ akan diambil oleh Timbalan KJSJ (Perundan- gan) Sarawak ACP Denis Leong yang akan memangku pangkat Penolong Kanan Pesuruhjay­a Polis (SAC).

Sementara itu, Dev berkata, kejayaan menyelesai­kan kes pem- bunuhan Bill Kayong antara kes paling tidak dapat dilupakann­ya sepanjang bertugas di negeri ini.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) teru- tamanya dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) tidak menafikan kes tersebut paling mencabar baginya sejak menjawat jawatan KJSJ Sarawak pada 1 Julai 2015.

“Bermacam- macam kes jenayah yang berlaku sepanjang saya bertugas di sini dan kes yang paling mencabar bagi saya adalah kes pembunuhan Bill Kayong yang akhirnya berjaya diselesaik­an,” kata Dev.

Bill ditembak mati pada 21 Jun 2016 sekitar jam 8.15 pagi di persimpang­an lampu isyarat pasar raya E-Mart di Tudan, Miri.

 ??  ?? KEJAYAAN: Gambar fail menunjukka­n Dev bersama pegawai polis lain memeriksa kenderaan dipercayai dicuri yang berjaya ditemui semula oleh pihak polis.
KEJAYAAN: Gambar fail menunjukka­n Dev bersama pegawai polis lain memeriksa kenderaan dipercayai dicuri yang berjaya ditemui semula oleh pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia