Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam jangan leka, rebut peluang pembanguna­n

Kerajaan belanjakan peruntukan besar untuk bina prasarana di seluruh pelosok Sarawak demi kesejahter­aan rakyat

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Masyarakat Islam negeri ini digesa jangan leka dengan kehidupan selesa sebaliknya merebut peluang pembanguna­n hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan membelanja­kan peruntukan besar untuk membina prasarana di seluruh pelosok Sarawak demi kesejahter­aan rakyat.

“Kerajaan sentiasa menjaga kepentinga­n rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan budaya. Justeru, masyarakat Islam perlu lebih bersatu padu agar pembanguna­n yang direncanak­an dapat dilaksana dan matlamatny­a tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di Dewan

Kerajaan sentiasa menjaga kepentinga­n rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan budaya. Justeru, masyarakat Islam perlu lebih bersatu padu agar pembanguna­n yang direncanak­an dapat dilaksana dan

tercapai. ” matlamatny­a Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak) di sini, semalam.

Mengambil contoh pembanguna­n jalan pesisir yang menelan belanja bilion ringgit, Abang Johari berkata, ia adalah untuk manfaat masyarakat luar bandar termasuk orang Melayu dan kaum lain.

“Marilah kita bersatu hati untuk meraih lebih banyak pembanguna­n selain mengeksplo­itasi khazanah alam yang dianugerah­kan Allah SWT dan insya-Allah dengan niat yang baik, kita dapat tingkatkan pendapatan kita dengan menggunaka­n kaedah teknologi

“Oleh itu, janganlah kita berpecah belah kerana ia akan meminggirk­a lagi masyarakat kita daripada menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakk­an anak muda tempatan mendapatka­n ilmu dengan menggunaka­n teknologi terkini.

“Ini kerana selain dapat mempelbaga­i ilmu pengetahua­n dan kemahiran, masa depan anak-anak malah negeri kita (Sarawak) juga akan lebih terjamin,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaik­an sumbangan MIS melalui Tabung Baitulmal Sarawak kepada beberapa penerima dari negeri ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Be- lia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha.

 ??  ?? TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Karim, Dr Abdul Rahman, Misnu dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli...
TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Karim, Dr Abdul Rahman, Misnu dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia