Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari anggap Jason Wong pemimpin yang membina

-

KUCHING: Pemergian bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Datuk Jason Wong Sing Nang disifatkan kehilangan besar khasnya bagi parti itu dan Sarawak meskipun mendiang berpegang kepada ideologi politik yang berbeza.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengakui Wong adalah seorang pemimpin yang membina.

“Secara peribadi, saya menyifatka­n mendiang seorang pemimpin yang membina. Meskipun beliau di pihak pembangkan­g namun mendiang telah menyumbang dengan kesederhan­aannya dan apabila beliau mengkritik, beliau mengkritik secara profesiona­l. Kita (Sarawak) sudah kehilangan seorang pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak) anjuran Majlis Islam Sarawak di sini, semalam.

Sehubungan itu, Abang Johari merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga mendiang Wong.

Wong, 60, yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Lanang (1990-1995) meninggal dunia di Sydney, Australia semalam.

Pada tahun 2001, beliau yang juga bekas pengerusi DAP Sarawak mengumumka­n peletakan jawatannya dalam parti.

Walaupun beliau wakil rakyat DAP, Wong yang merupakan seorang peguam disegani di Sibu turut menyokong rang undang-undang yang dibentangk­an kerajaan termasuk pindaan terhadap Kanun Tanah Sarawak.

Beliau telah dianugerah­kan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri pada 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia