Utusan Borneo (Sarawak)

Harus bersatu, bekerjasam­a, berfikiran positif, bertungkus-lumus hadapi PRU14: Wong

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Semua ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) diminta mengaktifk­an jentera parti dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan semangat dan keyakinan tinggi.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata ahli UPP harus bersatu hati, bersatu padu, bekerjasam­a, berfikiran positif dan rela bertungkus-lumus menghadapi PRU14 ini.

“Kini sudah tiba masanya kita bekerja keras memenangi kerusi untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ini.

“Apa paling penting kini adalah memenangi semua undi kerana setiap undi adalah penting,” katanya pada Majlis Mesra Unit Bumiputera UPP Bawang Assan, di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Unit Bumiputera Bawang Assan Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, calon berpotensi UPP Datuk Andrew Wong dan Andrew Ting.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Dagang itu berkata, ahli parti juga perlu mendengar serta berusaha menyelesai­kan masalah disuarakan rakyat.

“Jika rakyat tidak gembira atau ada masalah, selesaikan masalah dan isu itu satu demi satu. Kita ada Rancangan Sibu 1 (RS1) yang merupakan rancangan untuk rakyat.

“Rancangan ini tidak hanya membawa pembanguna­n untuk bandar Sibu tetapi untuk penduduk di luar bandar,” jelasnya,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu menyeru ahli Bumiputera UPP memberi fokus kepada DUN Bawang Assan dalam usaha membantu memenangi kerusi Parlimen Sibu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, BN memperoleh­i majoriti 4,131 undi di DUN Bawang Assan.

“Saya harap kita dapat menang majoriti lebih tinggi sehingga 5,000 undi di DUN Bawang Assan pada PRU14 ini.

“Majoriti ini penting untuk kita mengatasi kemungkina­n kekurangan undi di DUN Pelawan.

“Namun, saya amat berharap BN tidak kalah di DUN Pelawan. Siapa tahu kita mungkin boleh menang di Pelawan,” ujarnya sambil menambah, 97 peratus pengundi di DUN Pelawan adalah pengundi Cina.

Menteri Kewangan Kedua itu turut mengingatk­an adalah penting bagi rakyat di Parlimen Sibu dan Lanang mempunyai wakil rakyat daripada BN.

“Saya menyeru semua ahli pasukan UPP bersemanga­t tinggi, positif dan berkeyakin­an atas keupayaan diri memenangi PRU14 ini khasnya di kerusi Parlimen Sibu dan Lanang,” katanya.

 ??  ?? SEDIA GEMPUR: Wong bersama ahli UPP Bumiputera Bawang Assan melaungkan slogan ‘Hidup UPP’ di Sibu malam kelmarin.
SEDIA GEMPUR: Wong bersama ahli UPP Bumiputera Bawang Assan melaungkan slogan ‘Hidup UPP’ di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia