Utusan Borneo (Sarawak)

‘Perjanjian Tawaran Baharu’ PH cubaan terdesak perdaya rakyat Sarawak

-

KUCHING: ‘Perjanjian Tawaran Baharu’ yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) Sarawak kepada kerajaan negeri bersifat cubaan terdesak hendak memperdaya­kan rakyat negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang berkata demikian, menegaskan bahawa terdapat dua peguam dalam kepimpinan PH Sarawak yang seharusnya lebih arif tentang asas dalam memeterai sesuatu perjanjian.

Beliau menjelaska­n, locus standi kedua-dua pihak terbabit dalam perjanjian mestilah mempunyai kedudukan yang sah daripada aspek undang- undang.

“Barisan Nasional ( BN) ialah sebuah entiti yang didaftarka­n secara sah tetapi PH bukan. Ironinya kepimpinan PH sehingga sekarang masih sukar memahami identiti dan hala tuju politik mereka sendiri.

“Apa yang baharu sangat tentang tawaran mereka? Perkara yang ditawarkan sudah sedia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdullah berkata demikian bagi membidas kenyataan Chong berhubung ‘Perjanjian Tawaran Baharu’ PH buat kerajaan negeri sekiranya pakatan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Malah, beliau menegaskan BN Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sememangny­a menuntut hakhak negeri dalam dua perkara itu.

Dalam tempoh yang singkat selepas Abang Johari dilantik sebagai ketua menteri, kerajaan negeri pimpinanny­a sudah mencapai banyak kemajuan ekonomi hasil rundingan bersama dengan kerajaan persekutua­n.

“Mengapa perlu melaksanak­an perjanjian palsu sedemikian yang ternyata satu muslihat politik?

“Jika pun PH mengambil alih kerajaan persekutua­n, mereka seharusnya bertindak secara adil dan menunaikan janji mereka menurut manifesto mereka tetapi malangnya rekod membuktika­n mereka gagal berbuat demikian di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya.

Soal Abdullah lagi, adakah mereka menyatakan jika mereka mengambil alih kerajaan persekutua­n, mereka tidak akan berusaha untuk membantu kita di Sarawak?

Menurutnya, kerajaan persekutua­n di bawah pimpinan BN tidak memerlukan atau menawarkan perjanjian sedemikian untuk membantu Pulau Pinang atau Selangor dengan pembiayaan pembanguna­n yang besar.

Tegasnya, kerajaan persekutua­n di bawah pimpinan BN segera bertindak dan membantu dengan pembiayaan besar apabila Pulau Pinang dilanda banjir terburuk dalam sejarah mereka.

“Satu lagi contoh, kerajaan persekutua­n pimpinan BN juga terus menyalurka­n pembiayaan besar bagi tujuan membina perumahan mampu milik dan infrastruk­tur lain di Pulau Pinang dan Selangor. Siapakah yang mereka tipu?

“Tawaran PH Sarawak tidak syak lagi adalah tidak benar dari segi politik dan kosong sama sekali.

“Kepimpinan PH Sarawak sepatutnya berhenti menipu rakyat Sarawak dan berhenti berkelakua­n seperti tuan politik mereka yang jahat di Semenanjun­g Malaysia,” selarnya.

Beliau memberitah­u bahawa rakyat Sarawak mengecam dan menolak budaya politik yang menipu dan tidak berprinsip yang diguna pakai PH Sarawak.

“Akhir sekali, tawaran daripada PH Sarawak tidak dapat dipercayai dan tidak boleh dipercayai kerana pada asasnya tiada seorang pun warga Sarawak yang akan menganggot­ai ‘Kabinet Persekutua­n Bayangan’ PH jika mereka mengambil alih kerajaan persekutua­n.

“Saya rasa rakyat Sarawak tidak akan mengambil risiko dengan meletakkan masa depan mereka dalam tangan kepimpinan PH Sarawak,” ujarnya.

 ??  ?? ABDULLAH SAIDOL
ABDULLAH SAIDOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia