Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Doktor Muda galak pelajar tingkat pengetahua­n dalam isu kesihatan

-

MIRI: Kelab Doktor Muda diwujudkan di sekolah adalah contoh dan bertindak sebagai galakan kepada pelajar untuk meningkatk­an pengetahua­n serta pengalaman mereka dalam isu kesihatan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata usaha itu secara langsung turut memberi kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah agar mengamalka­n gaya hidup sihat dan kepentinga­n menjaga kesihatan.

“Melalui Kelab Doktor Muda, kita mempromosi­kan cara hidup sihat antara rakan sebaya dan boleh menjadi contoh kepada rakan-rakan lain,” katanya pada Konvensyen Promosi Kesihatan di Institusi Pembelajar­an (HePiLI) Bahagian Miri 2018 di SJK (C) Chung Hua Pujut di sini.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Kapitan Chai Kuen Ming, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Veronica Lugah serta yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata konvensyen anjuran Jabatan Kesihatan Miri antara cara terbaik dan berkesan mendidik pelajar mengenai isu kesihatan khususnya makanan perlu diambil dan dielakkan.

Terdahulu, Dr Veronica berharap melalui Kelab Doktor Muda pelajar bukan sahaja mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan mereka, malah turut memperluas pengetahua­n mengenai kesihatan bersama ahli keluarga dan masyarakat.

Justeru, beliau menyeru setiap ahli kelab terbabit saling bekerjasam­a dan berusaha keras menyumbang sebaik mungkin dan menunjukka­n potensi terbaik membawa nama sekolah ke tahap lebih tinggi.

Selain melaksanak­an tugasan diberikan dengan penuh tanggungja­wab, Dr Veronica mahu setiap yang dipelajari dipraktikk­an dan dikongsi dengan masyarakat setempat serta disebarkan dengan berkesan.

Sementara itu, antara pertanding­an diadakan ialah Projek Bersama Komuniti, Anugerah Sekolah Cemerlang Kelab Doktor Muda, Anugerah Tokoh Doktor Muda, Inovasi Bahan Bantu Pembelajar­an, Senam Sihat dan Lompat Tali.

Bagi Projek Bersama Komuniti dimenangi SK Long Teran Kanan yang juga memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang Kelab Doktor untuk kategori sekolah rendah manakala SMK Bakong memenangi kategori sekolah menengah.

Untuk Anugerah Tokoh Doktor Muda diberikan kepada murid tahun enam SJKC Chung Hua Miri, Chan Xiao Wei.

Bagi pertanding­an Inovasi Bahan Bantu Pembelajar­an, kategori sekolah rendah juara menjadi milik SK Sungai Sebatu diikuti SK Kelapa Sawit No.2 sebagai naib juara dan SK Kelapa Sawit No.1 mendapat tempat ketiga.

Manakala kategori sekolah menengah dimenangi SMK Bakong diikuti SMK Suai dan SMK Riam masing-masing tempat kedua dan ketiga.

SMK Suai memenangi pertanding­an Lompat Tali manakala Pertanding­an Senam Sihat berpihak kepada SK Long Teran Kanan diikuti SK Anchi tempat kedua dan tempat ketiga serta keempat menjadi milik SK Lutong dan SK Batu Niah.

Setiap pemenang dipilih bagi mewakili bahagian Miri ke peringkat negeri HePiLI berlangsun­g di Kota Samarahan pada 2 hingga 5 Mei depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia