Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir RM20 bilion dividen diperoleh daripada MNLG

Jumlah dividen akan bertambah selepas kerajaan negeri berjaya peroleh 15 peratus lagi saham dalam MLNG Tiga

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak memperoleh dividen hampir RM20 bilion daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MNLG) sejak syarikat itu ditubuhkan hingga 2017.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg percaya jumlah dividen itu akan bertambah pada masa akan datang selepas kerajaan negeri menerusi Setiausaha Kewangan Negeri (SFS) berjaya memperoleh 15 peratus lagi pegangan saham dalam Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga).

Sebelum ini katanya, SFS hanya memegang 10 peratus ekuiti MLNG Tiga.

“Sudah tentu selepas ini kita akan memperoleh lebih lagi dividen dengan pemilikan 25 peratus ekuiti dalam MLNG Tiga sekarang.

“Sejak LNG beroperasi sehingga 2017, kita (Sarawak) memperoleh nilai dividen daripada syarikat ini hampir RM20 bilion iaitu RM5.3 bilion daripada MLNG Satu, RM8.1 bilion daripada MLNG Dua dan RM5.8 bilion lagi daripada MLNG Tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatan­gani Perjanjian Pengambila­lihan Pegangan Saham MLNG Tiga daripada Shell Gas Holdings (Malaysia) Limited (Shell) di sini semalam.

Abang Johari berkata perolehan dividen yang banyak itu memberi keyakinan kepada kerajaan negeri untuk memperoleh 15 peratus lagi pegangan saham MLNG Tiga.

Beliau berkata, pengambila­lihan 15 peratus lagi ekuiti MLNG Tiga daripada Shell menyaksika­n Sarawak memiliki blok kedua terbesar dalam MLNG Tiga.

Pemegang saham lain dalam MLNG Tiga ialah Petronas 60 peratus ekuiti dan Diamond Gas (Netherland­s) B.V., anak syarikat Mitsubishi Corporatio­n sebanyak lima peratus ekuiti.

Mengulas mengenai pengambila­lihan 15 peratus lagi ekuiti MLNG Tiga, beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pelaburan strategik kerajaan negeri untuk Sarawak terlibat aktif dalam industri minyak dan gas.

“Maknanya saya menunaikan janji atau kata-kata saya, tetapi ia perlu dibincang dengan baik dan berlandask­an perlembaga­an dan undang-undang tertulis kita.

“Jadi kita akan terlibat dalam industri minyak dan gas ini secara berperingk­at. Menerusi pendekatan ini saya percaya dalam jangka pendek kita dapat menerokai bidang baharu dalam industri huluan juga hiliran minyak dan gas dalam pematuhan undang-undang kita,” jelasnya.

Tambahnya pengambila­lihan ekuiti MLNG Tiga melibatkan pelaburan jangka panjang selepas kajian kemungkina­n dan terperinci dilakukan.

Katanya lagi, Sarawak akan bekerjasam­a dengan syarikatsy­arikat minyak lain termasuk Petronas juga syarikat minyak dan gas antarabang­sa berdasarka­n kuasa dalam perlembaga­an dan Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak 1958.

“Sebelum ini saya pernah berjanji kita akan mengkaji semula Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak pada Julai. Ordinan ini akan memperkasa­kan kita untuk terlibat dalam industri minyak dan gas,” jelasnya.

Ditanya mengenai bayaran yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memperoleh 15 peratus lagi ekuiti MLNG Tiga, Abang Johari berkata perkara itu tidak boleh didedahkan kerana mengambil kira Shell sebuah syarikat yang disenarai dalam Bursa Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan ialah jumlah adalah sangat munasabah,” ujarnya.

Abang Johari dengan nada berseloroh juga berkata, Sarawak sedia membeli ekuiti selebihnya daripada Petronas jika mereka mahu menjualnya.

“Saya kata (tadi dalam ucapan) jika Petronas mahu menjual ekuiti selebihnya, kita sedia untuk membeli bukan bermaksud kita nak ambil. Tetapi saya fikir mereka juga tidak mahu menjual ekuiti selebihnya,” katanya.

Pada majlis itu, Setiausaha Kewangan Negeri Dato Sri Ahmad Tarmizi Sulaiman mewakili Sarawak manakala Shell diwakili Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sudah tentu selepas ini kita akan memperoleh lebih lagi dividen dengan pemilikan 25 peratus ekuiti dalam MLNG Tiga sekarang. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TERIMALAH: Tun Taib (dua kiri) ketika menyerahka­n replika cek kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung untuk semua kampung di Daerah Dalat kepada Fatimah (kanan) sambil disaksikan Leo (dua kanan) dan yang lain.
TERIMALAH: Tun Taib (dua kiri) ketika menyerahka­n replika cek kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung untuk semua kampung di Daerah Dalat kepada Fatimah (kanan) sambil disaksikan Leo (dua kanan) dan yang lain.
 ??  ?? SAH: Abang Johari menyaksika­n Ahmad Tarmizi bertukar dokumen perjanjian dengan Lo (kanan) sambil disaksikan Dr Rundi (kiri) dan Wong.
SAH: Abang Johari menyaksika­n Ahmad Tarmizi bertukar dokumen perjanjian dengan Lo (kanan) sambil disaksikan Dr Rundi (kiri) dan Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia