Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak di landasan pembanguna­n yang tepat sekarang: Tun Taib

-

MUKAH: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan bahawa Sarawak berada di landasan pembanguna­n yang tepat pada masa sekarang.

Beliau berkata, Sarawak mungkin akan menjadi peneraju daripada aspek pembanguna­n ekonomi dalam sedikit masa lagi mengatasi negerinege­ri lain di Malaysia.

“Sarawak kini menghadapi era pembanguna­n yang semakin pesat terutama daripada aspek ekonominya,” katanya pada Majlis Berjumpa Rakyat Mukah tengah hari semalam di Kingwood Resort Mukah.

Turut hadir adalah isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdulah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tellian Yussibnosh Balo, pen- yandang Parlimen Mukah Tan Sri Muhammad Leo Toyad dan Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib Alsree.

Menurut Tun Taib, pada ketika beliau menjadi ketua menteri amat sukar untuk membawa pembanguna­n yang sekata dan pesat serta seimbang di kawasan- kawasan Sarawak,

Antara faktor yang menjadi penghalang utamanya adalah kekurangan tenaga manusia di mana di kawasan strategik untuk dibangunka­n.

“Kita mengalami masalah kekurangan (tenaga) manusia pada ketika itu, itulah masalah utama untuk membawa pembanguna­n,” jelasnya.

Bagaimanap­un, sesetengah kawasan boleh menjadi pesat membangun kerana mempunyai pola penempatan padat.

Pola penempatan yang padat juga kata beliau, bermaksud mempunyai kegiatan ekonomi yang pelbagai dan konsisten.

Pada masa sama, beliau turut mengatakan politik diamalkan pada ketika itu turut sejajar dengan pembanguna­n yang terpaksa dijalankan secara berperingk­at.

Kekangan tenaga kerja, kekangan pengetahua­n pendidikan serta kemahiran juga merupakan salah satu cabaran untuk membawa pembanguna­n di negeri ini pada ketika itu.

Katanya, keadaan berlainan sekarang di mana penempatan manusia menjadi lebih padat dan dengan itu pembanguna­n amat mudah dibawa.

Kualiti pendidikan dan kemahiran terutama dalam kalangan penduduk tempatan turut membantu memberi sumbangan dalam aspek pembanguna­n ketika ini.

Tun Taib selepas itu berangkat untuk mengerjaka­n solat Jumaat di Masjid Setia Raja Mukah, makan tengah hari di VIP Rest House sebelum berangkat balik ke Kuching pada jam 3 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia