Utusan Borneo (Sarawak)

SSM keluar zakat RM1 juta kepada Sarawak

-

LAWAS: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) memperuntu­kkan RM1 juta sebagai zakat kepada Sarawak yang disalurkan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada rakyat Sarawak khususnya dalam membantu meningkatk­an pendapatan perniagaan dalam talian.

“Peruntukan ini diharap dapat membantu peniaga meningkatk­an pendapatan melalui perniagaan dalam talian, di samping memberi kesedaran kepada organisasi lain untuk mengambil langkah yang sama seperti SSM,” katanya pada Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM di Merapok, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK merangkap Pengerusi SSM Datuk Seri Jamil Salleh, Pengarah KPDNKK Negeri Datuk Stanley Tan,Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan jemputan lain.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan serta Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, SSM di bawah KPDNKK dan agensi-agensinya banyak menganjurk­an pelbagai program berkonsepk­an rakyat termasuk di Lawas.

“Kita amat bersyukur kerana wakil rakyat mempunyai tanggungja­wab besar dalam pengurusan, koperasi dan kepengguna­an melibatkan rakyat sendiri.

“Selain itu, Henry juga seorang pemimpin yang sangat merendah diri, aktif dalam program keagamaan dan dekat di hati masyarakat Islam di Lawas,”ujarnya.

Malah katanya, banyak program di bawah agensi kementeria­n itu diadakan, antaranya, Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) dan program lain yang memberi manfaat kepada rakyat.

Terdahulu Henry berkata, SSM pada tahun ini membantu menyerahka­n RM1.4 juta zakat korporat di Malaysia termasuk di Lawas.

Sumbangan masing- masing RM500 dan RM1,000 diserahkan kepada 50 surau dan 15 masjid di Lawas.

Pada majlis itu juga, SSM mengagihka­n zakat korporat kepada masjid dan surau sebanyak RM40,000.

 ??  ?? TUNAI KEWAJIPAN: Awang Tengah (tiga kiri) menyerahka­n zakat korporat kepada wakil surau di daerah ini, sambil diperhatik­an Hussaini (kiri), Henry dan Jamil (kanan).
TUNAI KEWAJIPAN: Awang Tengah (tiga kiri) menyerahka­n zakat korporat kepada wakil surau di daerah ini, sambil diperhatik­an Hussaini (kiri), Henry dan Jamil (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia