Utusan Borneo (Sarawak)

Pan Borneo fasa Serian bebas kemalangan Pakej ini melibatkan pembinaan sepanjang 70 km dari bulatan Serian hingga ke Pantu, kata Riot

- Oleh Jessica Jawing

SERIAN: Tiada sebarang kemalangan melibatkan pekerja dilaporkan setakat ini di tempat pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi fasa di Serian.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, pakej berkenaan melibatkan pembinaan lebuh raya sepanjang 70 kilometer dari bulatan Serian (berdekatan Hospital Serian) hingga ke Pantu.

“Saya amat bangga kerana pakej pembinaan yang diberikan kepada Serian iaitu dari bulatan Serian hingga Pantu dan sehingga kini saya belum menerima laporan kemalangan melibatkan pekerja.

“Pada kebiasaann­ya jika ada sebarang kemalangan melibatkan pekerja berlaku ia akan dilaporkan kepada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang mana mereka akan turun ke tempat kejadian dalam masa tiga jam,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Hari Terbuka Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Sekolah dan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang dihadiri Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee

Saya amat bangga kerana pakej pembinaan yang diberikan kepada Serian iaitu dari bulatan Serian hingga Pantu dan sehingga kini saya belum menerima laporan kemalangan libatkan pekerja. Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

Lam Thye di sini, semalam.

Riot berkata, pegawai JKKP akan turun padang untuk memastikan dan mengenal pasti sama ada ia adalah atas kelalaian.

“Kami akan mengeluark­an arahan untuk memberhent­ikan kerja-kerja pembinaan sekiranya kemalangan yang berlaku adalah melibatkan kelalaian di bawah undangunda­ng ditetapkan.

“JKKP amat serius dengan penguatkua­saan undang-undang dan sekiranya mereka telah dikeluarka­n arahan pemberhent­ian kerja bukan senang mendapat balik (operasi semula),” tegas Riot.

Berhubung laporan mengenai seorang pekerja yang turut mengalami kemalangan semasa pembinaan Pan Borneo di kawasan Betong, katanya ia sewajarnya dilapor- kan kepada JKKP jika benar berlaku.

“Rasanya sehingga kini pegawai saya daripada JKKP tidak menerima laporan itu dan sekiranya berlaku di tempat kerja sudah pasti di bawah kami dan sepatutnya ia dilaporkan segara untuk kami siasat,” ujarnya sambil memberitah­u, ada pegawai di lapangan untuk mengambil laporan.

Sementara itu mengulas lanjut, kerajaan amat menitikber­atkan kadar kemalangan di tempat kerja melalui pelancaran Pelan Induk Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020.

Katanya pada 2016 kadar kemalangan negara mencatat nisbah 2.88 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding 2.81 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015.

“Maka itu melalui pelan induk berkenaan kita menyasarka­n untuk mengurangk­an kadar kemalangan daripada 2.81 setiap 1,000 pekerja kepada 2.53 kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Ilus, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas, Ketua Pengarah JKKP Omar Mat Piah dan Pengarah Eksekutif NIOSH Ayop Salleh.

 ??  ?? PENGHARGAA­N:Riot menerima cenderamat­a daripada Lee (dua kanan) sambil disaksikan Martin (dua kiri), John (kanan), Mohd Gazali (tiga kiri) serta yang lain selepas majlis perasmian.
PENGHARGAA­N:Riot menerima cenderamat­a daripada Lee (dua kanan) sambil disaksikan Martin (dua kiri), John (kanan), Mohd Gazali (tiga kiri) serta yang lain selepas majlis perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia