Utusan Borneo (Sarawak)

JKM Sarawak beri bantuan berjumlah RM35,207,700 setakat Februari

-

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak telah memberi bantuan kebajikan bulanan kepada 56,424 penerima di seluruh negeri membabitka­n jumlah keseluruha­n RM35,207,700 setakat Februari tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bagi tahun lalu sahaja jabatan itu telah mengagihka­n RM192,511,000 kepada 57,588 penerima bantuan kebajikan.

“Jumlah yang dibelanjak­an bagi tujuan itu juga menunjukka­n peningkata­n berbanding RM190.7 juta pada 2016,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Fatimah berkata penerima bantuan kebajikan bulanan itu terdiri daripada empat kumpulan sasaran iaitu Skim Bantuan Kerajaan Persekutua­n, Skim Bantuan Kerajaan Negeri, Bantuan Bencana dan Geran Pembanguna­n Ekonomi.

Menjelas lanjut beliau berkata di bawah Skim Bantuan Kerajaan Persekutua­n, bantuan diberikan kepada beberapa kategori.

Kategori itu ialah Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar atau Pesakit Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja ( BTB) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP), tambahnya.

“Skim Bantuan kerajaan negeri pula terbahagi kepada Bantuan Am (BN) dan Bantuan Belia (BBB).

“Ia merupakan pelengkap kepada bantuan-bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan persekutua­n,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Fatimah berkata fokus kementeria­nnya tahun ini ialah kepada sembilan isu utama di Sarawak.

Isu-isu itu ialah penyalahgu­naan dadah dan dadah terlarang, mengurangk­an penyakit berjangkit melalui hubungan seksual (HIV/ AIDS), kehamilan remaja, perkahwina­n dan perceraian, jenayah seksual ke atas kanak- kanak dan wanita, gelandanga­n serta keganasan rumah tangga, jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia