Utusan Borneo (Sarawak)

Riot bayangkan terus pertahan Parlimen Serian

-

SERIAN: Penyandang kerusi Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem membayangk­an beliau akan terus mempertaha­nkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata, beliau berani menyatakan malahan kini di konstituen­sinya telah bersiap sedia dari segi jentera untuk PRU14.

“Anda ( pemberita) ada dengar saya tidak dicalonkan? apa yang saya boleh nyatakan di sini, selepas acara ini anda mungkin boleh ke kampung saya di Pitchin kemudian anda akan tahu siapa calon (Serian).

“Malahan Markas Jentera PRU14 bagi Parlimen Serian kini bersiap sedia sepenuhnya. Anda boleh turun ke kawasan saya untuk melihat Markas Parlimen Serian bagi mengetahui­nya,” kata Menteri Sumber Manusia itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Sekolah dan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak di sini, semalam.

Tambah Riot, dengan turun padang di konstituen­si, mereka akan tahu atau menggambar­kan siapa calon di Serian.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyifatka­n jawatan Ahli Parlimenny­a ‘ditahan’ dan perlu ‘dicop’ pada 9 Mei 2018 (hari mengundi).

“Saya hadir pada hari ini atas kapasiti saya sebagai ahli kabinet persekutua­n sehingga kabinet dibubarkan…selepas itu ia terpulang kepada perdana menteri nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia