Utusan Borneo (Sarawak)

Ia hasil ‘Kajian Rasa Selamat’ JPNIN Sarawak tahun lalu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: ‘Kajian Rasa Selamat’ dijalankan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak tahun lalu mendapati tahap rasa selamat dalam kalangan penduduk negeri ini berada pada paras 89 peratus.

Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool berkata polis sendiri mengakui keperluan Skim Rondaan Sukarelawa­n (SRS) kerana ia dapat membantu mengurangk­an kadar jenayah.

“Setiap tahun kita menjalanka­n kajian diberi nama ‘Kajian Rasa Selamat’. Kajian dilakukan ke atas 50 penduduk kawasan SRS.

“Hasil pada tahun lalu (2017) mendapati 89 peratus responden menyatakan mereka berasa selamat apabila ada skim rodaan di kawasan mereka.

“Kita lihat kawasan mengurus dan melaksanak­an SRS, indeks jenayah memang menurun. Ini merupakan satu kejayaan yang harus dikekalkan,” katanya pada penangguha­n Program Pendidikan Keselamata­n Kejiranan dan Jom Ronda Sibu 2018 di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu DSP Chung Aik Peng, Pegawai Unit Keselamata­n Kejiranan JPNIN Sarawak Nurul Faizal Mohamad dan Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Edmund Clement Ingun.

Menurut Dirwana, setakat ini sebanyak 505 SRS ditubuhkan di 989 kawasan Rukun Tetangga (RT) seluruh negeri ini.

Beliau beranggapa­n mengekalka­n aktiv- iti meronda adalah perkara tidak mudah, lebih-lebih lagi bersifat sukarela.

“Oleh sebab itu, setiap tahun saya turun padang bersama peronda kerana saya tidak mahu sekadar memberi arahan atau kerjakerja rondaan secara lisan,” katanya.

Dirwana memberitah­u, pada tahun ini JPNIN mengagihka­n dua kategori geran kepada SRS iaitu daripada kerajaan dan melalui tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Dua geran kita terima adalah untuk SRS aktif melaksanak­an rondaan, jadi buat masa ini jabatan mendapat bantuan daripada program CSR Petronas menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” jelasnya.

Setiap tahun kita menjalanka­n kajian diberi nama ‘Kajian Rasa Selamat’. Kajian dilakukan ke atas SRS.” 50 penduduk kawasan Dirwana Azool Pengarah JPNIN Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia