Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA Bhd komited bantu generasi kedua dalam bidang keusahawan­an

-

SADONG JAYA: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui FELCRA Berhad komited untuk membantu golongan generasi kedua dalam bidang keusahawan­an di negeri ini.

Pengurus Perladanga­n Wilayah Sarawak Mohd Jamil Mohamad Hanipiah berkata, sehingga kini sebanyak RM250,000 geran premis perniagaan keusahawan­an telah disalurkan kepada usahawan terpilih di negeri ini.

Beliau menjelaska­n bahawa geran itu bagi membantu usahawan terlibat menambah baik premis mereka untuk mendapatka­n pensijilan halal.

“Selain itu, pengurusan FELCRA melalui Bahagian Pengurusan Keusahawan­an telah menyediaka­n satu dana khas untuk memberi kemudahan Pinjaman Ekonomi Projek (PEP) kepada peserta dan generasi kedua.

“Sehingga kini, seramai 108 peserta dari- pada FELCRA telah menikmati kemudahan PEP ini yang berjumlah keseluruha­n RM1.351 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Quick Win’ KKLW yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri di Dewan Sadong Jaya di sini kelmarin.

Jamil memberitah­u, PEP itu diberikan bagi membantu peserta memperbesa­rkan dan meningkatk­an perniagaan mereka.

Malah, beliau mendedahka­n daripada 108 peserta itu, 33 berjaya membayar balik pinjaman mereka.

“Bagi kawasan Sadong Jaya, Puan Salina Ahmad Dewan pula telah mendapat bantuan geran pembaikan premis dan bekalan peralatan untuk projek pembuatan mi kuning beliau sebanyak RM40,000.

“Peluang perniagaan tersebut boleh dikembangk­an dengan meli- hatkan institusi Widara FELCRA yang telah ditubuhkan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam usaha meningkatk­an sosioekono­mi peserta setempat,” tambahnya.

Pada program itu juga, Jamil yang turut ditemani Nancy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo menyaksika­n majlis ikatan per- janjian antara peserta FELCRA Mohd Kasat Bujang Narawi dengan syarikat Karyaneka Sdn Bhd.

Ikatan perjanjian tersebut membolehka­n anak tempatan Sadong Jaya itu membawa jenama ‘ Kasat Arca’ bekerjasam­a sebagai pembekal produk kraf dalam aspek penjualan, pemasaran dan pengedaran di seluruh Malaysia.

 ??  ?? BANTU USAHAWAN: Nancy (dua kanan) ditemani Aidel (dua kiri) dan Jamil (tiga kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen ikatan perjanjian antara Kasat dan wakil syarikat Karyaneka Sdn Bhd.
BANTU USAHAWAN: Nancy (dua kanan) ditemani Aidel (dua kiri) dan Jamil (tiga kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen ikatan perjanjian antara Kasat dan wakil syarikat Karyaneka Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia