Utusan Borneo (Sarawak)

Sudah tiba masanya cara guna MRP dilapor: Dennis

-

MIRI: Laporan penggunaan geran projek kecil luar bandar (MRP) daripada wakil rakyat perlu disediakan penerima untuk rujukan Unit Pemantauan Pelaksanaa­n Negeri (SIMU).

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, laporan tersebut antara cara memastikan peruntukan kerajaan dimanfaatk­an sepenuhnya dan tidak disalahgun­akan.

“Ini bukan wajib tetapi nasihat saya, berilah laporan cara penggunaan geran yang diterima sebab pejabat kita dikunjungi pihak SIMU.

“Mereka datang mengejut dan melakukan pemeriksaa­n tentang cara MRP diagihkan dan laporan daripada penerima,” jelasnya pada Majlis Penyerahan Geran MRP untuk DUN Telang Usan di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta setiausaha dan bendahari menyediaka­n laporan untuk dijadikan rujukan pejabat wakil rakyat kepada SIMU.

Dennis berkata selain membantu tabung persatuan, geran juga digunakan untuk membantu masyarakat ketika waktu kecemasan dan bencana.

Penubuhan Yayasan Kebajikan Telang Usan masih dalam proses perbincang­an yang akan dijadikan badan mendapatka­n derma membantu golongan memerlukan.

Derma akan digunakan termasuk untuk membantu pelajar mendapatka­n perbelanja­an bantuan melanjutka­n pelajaran seperti bayaran yuran dan tiket penerbanga­n.

“P e r k a r a i n i m a s i h dibincangk­an. Sekiranya ditubuhkan, kita akan meminta bantuan daripada majikanmaj­ikan di kawasan kita untuk menghulurk­an derma kepada tabung ini,” jelasnya.

Dennis gembira dengan komitmen tinggi sukarelawa­n terhadap persatuan dan gereja dengan aktif menganjurk­an aktiviti mendapatka­n dana yang turut memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan mereka.

Keikhlasan mereka untuk membantu turut membakar semangat beliau untuk terus menabur bakti kepada rakyat.

Dennis memberitah­u, setakat ini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk DUN Telang Usan.

Daripada jumlah itu, RM340,000 telah diagihkan kepada 24 persatuan pada majlis semalam.

Beliau memberitah­u, geran akan diagihkan secara berperingk­at kepada pemohon lain.

“Semua permohonan yang kita hantar mesti diluluskan ketua menteri.

“Tanpa kelulusan, cek tidak dapat diproses,” jelasnya.

Menurutnya, di kawasan beliau terdapat 88 kampung di mana setiap kampung memiliki pelbagai jawatankua­sa, persatuan dan gereja yang masing-masing membuat permohonan geran.

Beliau memberitah­u, usaha kerajaan negeri menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama Lain ( UNIFOR) membantu j a w a t a n k u a s a g e r e j a mendapatka­n geran khas yang disediakan kerajaan pusat.

Dennis berharap permohonan geran berjumlah RM2.9 juta daripada jawatankua­sa gereja di Telang Usan menerusi UNIFOR akan diluluskan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling.

 ??  ?? MANFAATKAN: (Duduk, lima kiri) Dennis bersama tetamu dan penerima geran MRP DUN Telang Usan.
MANFAATKAN: (Duduk, lima kiri) Dennis bersama tetamu dan penerima geran MRP DUN Telang Usan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia