Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas makanan berasas styrofoam atau polistiren­a dilarang digunakan

-

KOTA SAMARAHAN: Bekas makanan berasaskan styrofoam atau polistiren­a adalah dilarang digunakan, tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Sehubungan itu, beliau meminta para peniaga dan penjaja patuh dengan arahan daripada pihak berkuasa tempatan ( PBT) untuk tidak menggunaka­n bekas makanan tersebut.

Malah, beliau memberitah­u ia sudah menjadi salah satu syarat permohonan lesen berniaga.

“Seandainya terdapat peniaga atau penjaja yang masih berdegil menggunaka­n styrofoam atau polistiren­a, PBT akan menyita barang berkenaan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca Susan Loh yang mewakiliny­a pada Majlis Pelancaran Kempen Katakan Tidak Pada Plastik dan Styrofoam di Aiman Mall di sini semalam.

Menyentuh tentang penggunaan plastik, Dr Sim menegaskan bahawa beg plastik tidak akan hancur dalam masa 100 tahun dan akibat ketidaklup­usan ini mengakibat­kan berlakunya pencemaran alam sekitar.

Katanya, i a j uga mendatangk­an longgokan sampah terdiri daripada plastik menyebabka­n tapak pelupusan dipenuhi bahan buangan tersebut.

“Melalui kempen ini, kita berharap semua pihak terutama pengusaha dapat mempromosi­kan kepada pelanggan agar membawa kantung atau beg kitar semula semasa membelibel­ah.

“Selain itu, kempen ini dapat menggalakk­an penia- ga menggunaka­n beg kertas semasa berurusan dengan pelanggan,” tambahnya.

Beliau turut mendedahka­n bahawa jumlah kutipan sampah sehari di kawasan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) adalah sebanyak 120 hingga 140 tan dengan kos RM3.5 juta setahun.

“Kepada seluruh warga Samarahan, marilah b e r s a m a - s a m a k i t a membudayak­an kitar semula dengan membuang lebihan makanan ke dalam tong sampah manakala plastik, tin dan besi dapat dikitar semula bagi menambah pendapatan,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berharap penduduk Samarahan termasuk peniaga dan penjaja menyokong usaha tersebut bagi memastikan Kota Samarahan menjadi tempat kediaman yang cantik, bersih dan hijau.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang turut sama dalam kempen kita dan diharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? LANCAR: Susan ditemani Minos (dua kanan) dan yang lain memotong reben sebagai simbolik pelancaran kempen ‘Katakan Tidak Pada Plastik dan Styrofoam’ di Aiman Mall.
LANCAR: Susan ditemani Minos (dua kanan) dan yang lain memotong reben sebagai simbolik pelancaran kempen ‘Katakan Tidak Pada Plastik dan Styrofoam’ di Aiman Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia