Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar Pelan Tindakan Produktivi­ti Malaysia, 17 April

-

KUCHING: Seminar Pelan Tindakan Produktivi­ti Malaysia (MPB) bertemakan ‘Manufactur­ing Nexus: Driving Productivi­ty of the Nation’ akan diadakan pada 17 April ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut Ahli Lembaga Perbadanan Produktivi­ti Malaysia ( MPC) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, seminar itu akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Objektif seminar ini untuk mengetenga­hkan kepentinga­n MPB dalam memacu ke arah negara yang holistik dan pada masa mempromosi­kan Produktivi­ti Elektrik dan Elektronik (E&E), Kimia, Jentera dan Peralatan (M&E) sebagai daya penggerak untuk melaksanak­an inisiatif sektor di bawah MPB dan menanam minda produktivi­ti dalam kalangan pemain industri.

“Kita berharap masyarakat dalam industri dan kerajaan dapat hadir menyertai seminar ini bagi melihat di mana tahap produktivi­ti kita berada serta kumpulan sasar dalam pelan MPB ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Seminar MPB di ibu pejabat MPC Wilayah Sarawak yang turut dihadiri Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid di sini semalam.

Abang Karim memberitah­u, pihaknya menyasarka­n 300 peserta akan menyertai seminar itu menerusi jemputan yang diagihkan kepada pemain industri dan jabatan serta agensi kerajaan selain pelajar.

“Kita mahu anak-anak muda datang ke seminar ini kerana mereka merupakan sumber tenaga kerja dalam memacu negara pada masa akan datang,” tambahnya.

Beliau yang juga presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) berkata, MPB telah dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2017 dan ia merupakan penggerak untuk Malaysia maju ke hadapan.

Seminar itu akan menampilka­n tiga penceramah yang mahir dalam sektor E&E dan M&E Datuk Wong Siew Hai, Datuk Dr Abdul Hapiz Abdullah dan Mac Ngan Boon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia