Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa miliki Methamphet­hamine

-

MIRI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Tertuduh, Mohamad Adzahar, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 7.64 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.40 pagi, 6 April lalu di sebuah pondok bersebelah­an sebuah rumah di Lorong 3C, Kampung Piasau Utara di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebat tidak kurang daripada tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan tertuduh direkodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan tarikh baharu untuk sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia berhubung barang kes disiapkan. S I B U : T i m b a l a n Pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak David Wong menyifatka­n pemergian bekas pengerusi DAP Sarawak Datuk Jason Wong sebagai kehilangan besar kepada parti itu khususnya di negeri ini.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pelawan berkata, pada 1996 DAP Negeri dipimpin Jason Wong melakukan kejutan apabila memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, Jason Wong memenangi kerusi DUN Pelawan diikuti kemenangan mendiang Wong Ho Leng di DUN Bukit Assek dan Wong Sing Ai di DUN Kidurong.

“Kejayaan itu membawa kepada gelaran ‘ Three DAP Wongs’ dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Menurut Wong, Jason Wong juga adalah individu penting pada awal kemunculan beliau dalam dunia politik.

“Saya berterima kasih kepada mendiang (Jason Wong) atas segala bantuan dan bimbingan diberikan kepada saya selama bertahun-tahun beliau sebagai wakil rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, beliau turut bersama Jason Wong semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ( PRU) 1990 dengan melawat rumah-rumah panjang serta beberapa kawasan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia