Utusan Borneo (Sarawak)

Isu tuntutan pampasan waris kubur lama di Bakun buntu

-

BINTULU: Isu tuntutan pampasan bagi waris atau ahli keluarga 48 kubur lama di Uma Balui Liko, di Penempatan Semula Bakun (BRS) yang ditenggela­mi air setelah Empangan Bakun ditutup, terus buntu kerana belum ada tindakan diambil sehingga sekarang.

Ngian Diman, 47, mewakili waris keluarga yang membuat tuntutan itu berkata, perkara ini sudah dipanjangk­an kepada kerajaan dan pihak muzium sejak enam tahun lepas, namun tiada tindakan sewajarnya diambil sehingga kini.

“Kami sebagai anak jati Hulu Bakun sememangny­a mengharapk­an bayaran pampasan itu dilaksanak­an kerana terpaksa memindahka­n kubur yang sepatutnya tidak tenggelam kerana pihak muzium sendiri yang memindahka­n kubur itu di paras yang dikatakan selamat.

“Sepatutnya pihak muzium prihatin dengan nasib penduduk Sungai Asap yang mengorbank­an tanah leluhur nenek moyang kami bagi memberi laluan kepada pembinaan projek mega kerajaan itu,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara itu turut dipanjangk­an kepada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Murum Kennedy Chuk Pai Ugon dan hasil semakan yang di- lakukan sememangny­a belum ada tindakan pihak berwajib bagi menyelesai­kan isu berkenaan.

Secara amnya, pewaris atau ahli keluarga pemilik kubur terjejas menuntut RM522,526 yang merangkumi kos pemindahan serta hal ehwal berkaitan adat pemindahan kubur mengikut Kuasa Kod Ketua Masyarakat Orang Ulu Seksyen 156-162.

“Sepatutnya pihak muzium memohon daripada kerajaan peruntukan berkenaan bagi membolehka­n tuntutan bayaran dipercepat, sekali gus meringanka­n beban ahli keluarga yang terpaksa melakukan proses pemindahan sendiri tanpa bantuan pihak sewajarnya,” jelasnya dengan nada sedih.

Tambahnya, sebaik sahaja menyedari kawasan kubur ditenggela­mi air, waris melakukan proses pemindahan kubur lama itu ke kawasan lebih tinggi iaitu 50 meter dari tapak yang ditenggela­mi air, dari 4 hingga 18 Februari 2012.

Beliau menambah, tuntutan ini akan diteruskan sehingga bayaran dibuat kerana ahli keluarga atau waris si mati berhak mendapat pampasan sewajarnya.

“Saya berharap pihak berwajib mendengar keluhan kami yang merupakan anak jati Hulu Bakun, yang sebelum ini sanggup berkorban untuk berpindah ke BRS sebagai tanda sokongan terhadap projek kerajaan ini,” tambah beliau.

Adalah difahamkan isu tuntutan ini juga pernah dikeluarka­n di akhbar tempatan negeri ini sedikit masa lalu.

 ??  ?? TUNTUT PAMPASAN: Gambar bertarikh 18 Februari, 2012 menunjukka­n ahli keluarga bergotong-royong memindahka­n 48 kubur lama yang dilimpahi air tasik Empangan Bakun.
TUNTUT PAMPASAN: Gambar bertarikh 18 Februari, 2012 menunjukka­n ahli keluarga bergotong-royong memindahka­n 48 kubur lama yang dilimpahi air tasik Empangan Bakun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia