Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi sudu hidangan keluli tahan karat Liansin Trading dapat sambutan menggalaka­n

-

KUCHING: Liansin Trading Sdn Bhd mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an menerusi promosi sudu hidangan keluli tahan karat yang diberikan percuma dengan setiap pembelian satu paket Haryana Rice berharga RM49.

Pengurus Pemasaran Kanan Liansin Trading Sdn Bhd Lim Boo Khiong berkata pada sidang medianya semalam bahawa syarikat itu mahu mempromosi­kan gaya hidup sihat.

“Sering kali kita tidak terfikir menggunaka­n sudu untuk mengaut hidangan yang dikongsi bersama, tetapi kita harus menjaga kebersihan makanan dengan menggunaka­n sudu hidangan,” katanya, sambil menambah tidak ada sesiapa yang mahu dijangkiti penyakit ketika sedang menjamu selera.

Eksekutif Pemasaran Doris Chong Chun Ling pula menambah bahawa promosi sudu hidangan itu terhad sementara stok masih ada, sambil menunjukka­n bahawa stok itu paling laris dan hampir kehabisan stok.

“Pelanggan boleh mengunjung­i mana-mana pasar raya atau kedai runcit. Pastikan ia (paket beras Haryana) mempunyai pelekat pada pembungkus­an dan tuntut sudu mereka dari kaunter,” katanya.

Beras Haryana berasal dari India, adalah sejenis beras basmati yang mengandung­i kurang pati dan 30 peratus lagi serat.

Ia juga rendah lemak dan gula dan mengandung­i mineral seperti kalium, besi dan fosforus yang menjadikan­nya lebih berkhasiat daripada beras lain.

Turut hadir pada sidang akhbar ialah Pembantu Pengurus Liansin Trading Alex Teng Siu Beng dan Pembantu Pemasaran Janet Lee Siew Fung, Pengurus Cawangan Liangtie Trading Sdn Bhd Ting Ken Siang dan Eksekutif Jualan Goh Hui Kiong dari Sibu, Eksekutif Jualan Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd Jimmy Yii Juin Hieng dan Pembantu Pemasaran Benlinda Tan Sze Ung dari Miri dan Eksekutif Jualan Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn Bhd Tan Song Lin dari Bintulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Haryana, layari liansin. com.my/Haryana atau hubungi ke talian 082- 333555.

Anda juga boleh melayari laman Facebook di ‘Liansin Trading Sdn Bhd’.

 ??  ?? PROMOSI: Lim (empat kiri) dan Chong (tengah) bersama pasukan pemasaran mereka dari Sibu, Miri dan Bintulu di pejabat cawangan Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Teng, Song Lin, Lee, Ting, Goh, Benlinda dan Yii.
PROMOSI: Lim (empat kiri) dan Chong (tengah) bersama pasukan pemasaran mereka dari Sibu, Miri dan Bintulu di pejabat cawangan Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Teng, Song Lin, Lee, Ting, Goh, Benlinda dan Yii.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia