Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai pelajar Malaysia lanjut pelajaran di Taiwan sejak pengiktira­fan bersama pada 2012

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Jumlah pelajar Malaysia yang melanjutka­n pelajaran di Taiwan semakin meningkat sejak pengiktira­fan bersama antara Malaysia dan Taiwan pada 2012.

Pengerusi Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, jumlah pelajar Malaysia di Taiwan mencatat peningkata­n beberapa kali ganda sejak lima tahun lepas.

“Ini disebabkan program yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi Taiwan berkualiti tinggi.

“Selain itu, yuran pengajian rendah dan biasiswa yang disediakan untuk pelajar Cina dari luar negara juga faktor tambahan yang menarik lebih ramai orang Cina Malaysia belajar di Taiwan,” jelasnya.

Lau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Taiwan 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist semalam.

Pameran dua hari anjuran Gabungan Persatuan Alumni

Ini disebabkan program yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi

tinggi. ” Taiwan berkualiti Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming Pengerusi Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Malaysia

Universiti Taiwan, Malaysia itu melibatkan penyertaan 52 kolej dan universiti dari Taiwan.

Lau berkata, persekitar­an dan suasana pengajian yang baik juga memberi pelajar Malaysia satu platform untuk belajar di Taiwan.

“Diharapkan melalui pameran ini para pelajar dan ibu bapa mereka akan mengeta- hui lebih banyak maklumat yang diberikan kolej dan universiti,” ujarnya.

Lau juga mengingatk­an pelajar untuk merebut peluang keemasan untuk mengetahui peluang belajar di Taiwan.

“Melalui pameran ini, pelajar dan ibu bapa dapat memahami dengan lebih baik dan boleh bercakap terus dengan wakil-wakil dari kolej dan universiti,” katanya.

Tahun lepas, kata Lau, Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia menjadi tuan rumah Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Taiwan di Kuala Lumpur.

“Sebanyak 92 kolej dan universiti mengambil bahagian pada pameran dua hari itu yang menarik lebih 5,000 pelawat dan mencatat rekod bilangan pelawat paling ramai setakat ini,” jelasnya.

Lau berkata, sambutan menggalakk­an adalah petunjuk semakin ramai pelajar menunjukka­n minat belajar di Taiwan.

Mengenai perkara lain, Lau berkata, pelajar hari ini lebih prihatin untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Ini adalah masalah besar dan setiap orang bimbang dengan masa depan untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Oleh itu, selalu dinasihatk­an agar para pelajar memilih yang terbaik daripada aspek jurusan pengajian untuk kerjaya mereka sendiri setelah menamatkan pengajian di universiti atau kolej,” tegasnya.

 ??  ?? REBUT PELUANG: Lau (tujuh kiri) bersama tetamu jemputan melakukan simbolik memotong reben untuk merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Taiwan 2018 di SMK Methodist.
REBUT PELUANG: Lau (tujuh kiri) bersama tetamu jemputan melakukan simbolik memotong reben untuk merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Taiwan 2018 di SMK Methodist.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia