Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 500 kekosongan jawatan ditawar pada Karnival Kerjaya di Sarikei

-

KUCHING: Lebih 500 kekosongan jawatan ditawarkan pada Karnival Kerjaya 2018 Peringkat Bahagian Sarikei sempena Fiesta NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan).

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) dalam satu kenyataan di sini kelmarin, karnival itu akan diadakan pada 14 April ini bermula jam 10 pagi hingga 7 malam di Pusat Inovasi Sarikei.

“Kami ingin memaklum- kan kepada orang ramai yang sedang mencari pekerjaan atau yang ingin meningkatk­an karier bahawa terdapat lebih 20 majikan yang menawarkan lebih 500 kekosongan jawatan semasa Karnival Kerjaya 2018 Peringkat Bahagian Sarikei sempena Fiesta NBOS,” kata JTKS.

Antara aktiviti yang akan diadakan sempena program ini, sesi temu duga terbuka, pendaftara­n pencari kerja secara dalam talian melalui portal JobsMalays­ia dan khidmat nasihat perburuhan.

“lni merupakan program keempat anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, sebuah jabatan di bawah Kementeria­n Sumber Manusia pada tahun ini,” tambah JTKS.

Objektif karnival berkenaan adalah untuk memudahkan pencari kerja mendapat peluang pekerjaan dan majikan mendapat calon pekerja yang bersesuaia­n secara setempat sewaktu program berlang- sung.

Kata JTKS lagi, majikan akan mengadakan temu uga terbuka sewaktu program tersebut bagi calon-calon yang berminat mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

“Program ini terbuka kepada orang awam dan kemasukan adalah percuma.

“Pencari kerja dinasihati berpakaian kemas dan membawa resume serta salinan sijil yang berkaitan semasa temu duga,” ujar JTKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia