Utusan Borneo (Sarawak)

Program KSM Bersama Masyarakat di Lanang hari ini

-

KUCHING: Program Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) Bersama Masyarakat di Lanang akan diadakan pada 14 April (hari ini) mulai jam 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Gabungan Persatuan Cina Sibu.

Penganjura­n program tersebut adalah berdasarka­n kepada konsep jalinan kemesraan, kerjasama dan keprihatia­n KSM terhadap masyarakat setempat dengan kerjasama Gabungan Persatuan Cina Sibu.

Menurut kenyataann­ya semalam, ia bakal dirasmikan oleh Pengarah Tenaga Kerja (JTK) Sarawak Jack Meredu Ko dengan pengisian pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berinforma­tif disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Antara lain, ceramah JobsMalays­ia kepada pencari kerja dan Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya ( SBGPOKU) yang bakal disam- paikan oleh pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak.

Taklimat keselamata­n juga akan disampaika­n oleh pegawai Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (JKKP).

Selain itu, Pertubuhan Keselamata­n Sosial Malaysia ( PERKESO) akan mengadakan penyerahan cek bayaran pampasan faedah kepada penerima faedah yang telah dikenal pasti untuk dibayar pampasan ekoran daripada kemalangan, sakit atau kematian dan penyerahan topi keledar dan vest kepada para pekerja yang telah dikenal pasti daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Sibu yang menggunaka­n motosikal ke tempat kerja.

“National Institute for Occupation­al Safety and Health (NIOSH) turut memberi beg dan peralatan sekolah kepada 58 pelajar dan 10 unit pemadam api kepada Sekolah Menengah Wong Nai Siong,” kata kenyataann­ya itu semalam.

Jabatan atau agensi KSM di negeri Sarawak dan pusat kemahiran juga mengadakan demonstras­i pekerjaan dan pameran berkaitan fungsi jabatan seperti JTK Sarawak, NIOSH, JKKP, PERKESO, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri, Akademi Binaan Malaysia (ABM) dengan kerjasama Hock Seng Lee Berhad dan penyedia latihan di bawah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) menyediaka­n perkhidmat­an gunting rambut secara percuma.

Program ‘ walk- about’ turut diadakan di sekitar kawasan Lanang, Sibu melibatkan ketua-ketua jabatan atau agensi KSM di Sarawak dan pemberian ihsan kepada penerima faedah PERKESO serta penerima sumbangan khas Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) dari rumah ke rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia