Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian pengurusan sisa pepejal bersepadu di Sibu, 14-30 April

-

SIBU: Eco-Ideal Consulting Sdn Bhd akan melakukan tinjauan pintu ke pintu untuk kajian pengurusan sisa pepejal bersepadu di beberapa lokasi di Sibu bermula 14 hingga 30 April.

Perunding Eco- Ideal Consulting Sdn Bhd Chua Ming Yin berkata, syarikatny­a dilantik Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB)untuk melakukan kajian tersebut.

“Kajian dilakukan pada pertengaha­n Disember ta- hun lepas hingga Disember tahun ini dengan kunci utama kajian untuk menubuhkan ‘baseline’ pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

“Selain itu, merumuskan sistem pengurusan sisa pepejal yang paling sesuai dengan kos yang efektif di Sarawak untuk 30 tahun akan datang,” jelasnya ketika membentang­kan kajian pengurusan sisa pepejal bersepadu kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di bilik mesyuarat MPS di sini, kelmarin.

Menurutnya, tinjauan di Sibu akan dilakukan di kawasan Kampung Bahagia Jaya, Jalan Wawasan dan Taman Indah, Kampung Nangka, Rejang Park, Jalan Camar dan Jalan Kandis.

“Ia turut dilakukan di Jalan Tiong Hua, Jalan Hua Kiew dan Lorong Lai Chee, Jalan Intan, Jalan Kupang, Lorong Terap, bangunan Tie Chai Yong, Bukit Lima Timur dan apartment Farley,” ujarnya.

Oleh itu, Chua berharap orang ramai dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada pasukan tinjauan untuk memastikan tinjauan berjalan lancar.

Hadir sama pada sidang media ialah Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam dan Perkhidmat­an Perbandara­n Kaunselor Rhoda Ting dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar NREB Amy Wong.

 ??  ?? PENGURUSAN SISA PEPEJAL: Rogayah (duduk, tiga kanan), Rhoda (duduk, empat kiri), Chua (duduk, kanan) dan Amy (duduk, dua kanan) serta ahli majlis dan kakitangan MPS selepas sesi pembentang­an.
PENGURUSAN SISA PEPEJAL: Rogayah (duduk, tiga kanan), Rhoda (duduk, empat kiri), Chua (duduk, kanan) dan Amy (duduk, dua kanan) serta ahli majlis dan kakitangan MPS selepas sesi pembentang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia