Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sahabat dipenjara 12 tahun dengan tujuh sebatan

-

PETALING J AYA: Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan ke atas dua lelaki bersahabat atas kesalahan rompak berkumpula­n menggunaka­n parang di kedai arak dan hotel, melibatkan kerugian RM40,475.

Hakim Mabel S. Muttiah menjatuhka­n hukuman itu terhadap S. Theventhir­an, 38, seorang mekanik dan M. Nagan Kumar, 40, pemandu peribadi selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan dan memerintah­kan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 28 Jan lepas.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Mabel menasihati kedua- dua tertuduh agar berubah dan insaf atas perbuatan mereka.

“Mahkamah kecewa kerana saya dapat lihat kebijaksan­aan dalam diri anda berdua berdasarka­n cara pertanyaan ketika sesi soal jawab ketika perbicaraa­n sebelum ini. Tapi, sayangnya kamu berdua tidak menggunaka­n kepandaian itu dengan betul... berubahlah demi diri sendiri, keluarga dan bangsa kamu,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan, kedua-dua tertuduh didakwa merompak barang kemas, tiga telefon bimbit, seutas jam tangan dan minuman keras bernilai RM40,000 di kedai Great Son Research di Jalan USJ 21/3 Subang Jaya, di sini, pada 10 pagi, 26 Jan lepas.

Sementara itu, di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin, kedua- dua tertuduh dihukum penjara 10 tahun kerana melakukan rompak berkumpula­n terhadap Muhammad Romi Saputra Nazri, 23, dengan merampas seunit telefon bimbit dan wang tunai RM475 menggunaka­n dua bilah parang di sebuah hotel, di USJ 21, Subang Jaya, di sini, pada 3.45 pagi, 28 Jan lepas.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak. Bagi kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya V. V. Suloshani dan Shahzreen Nadia Zulkipli memohon hukuman setimpal atas alasan, kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana mereka menggunaka­n senjata yang boleh menyebabka­n kecederaan parah.

“Meskipun tiada kecederaan dilaporkan, namun kejadian ini telah menyebabka­n kegentaran dan ketakutan terhadap mangsa,” kata Suloshani.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan kedua-dua mereka telah insaf dan mempunyai tanggungja­wab untuk menyara anggota keluarga mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia