Utusan Borneo (Sarawak)

Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut

-

SHAH ALAM: P e n g a s a s S o l i - dariti Anak Muda Malaysia ( SAMM) Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyiarkan penerbitan artikel yang menghasut berkaitan institusi diraja Selangor, 11 Jan lepas.

Badrul Hisham atau Chegubard, 40, yang juga bekas Ketua PKR cabang Rembau, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerbitka­n tujuh perkara menghasut itu menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya atas nama Chegubard di Jalan Kuarza 7/9, Seksyen 7, di sini kira- kira jam 5 petang, 11 Jan lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4( 1)( C) Akta Hasutan 1948 ( Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4( 1) akta sama iaitu denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Jika kesalahan sama dilakukan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendali kes itu memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain tiada sebarang dokumen perjalanan dikeluarka­n kepada Badrul Hisham sehingga kes selesai.

Katanya, ini kerana tertuduh sepatutnya didakwa semalam namun Badrul Hisham tidak dapat dikesan sehingga tengah malam tadi menyebabka­n ia terpaksa ditangguh ke hari ini dan sikap tertuduh dilihat seperti cuba mengelak untuk dibawa ke mahkamah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia