Utusan Borneo (Sarawak)

Tony Pua gagal dalam rayuan saman salah laku 1MDB

-

PUTRAJAYA: Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua Kiam Wee gagal dalam rayuannya untuk mengenakan semula tuntutan mahkamah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan atas dakwaan salah laku dalam mengendali­kan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Yeoh Wee Siam sebulat suara menolak rayuan Pua dan memerintah­kannya membayar kos RM5,000 masing-masing kepada Najib serta kerajaan.

Ahmadi yang mengetuai panel hakim itu menegaskan tiada merit dalam rayuan Pua itu.

“Tiada kekhilafan boleh dirayu untuk mewajarkan campur tan- gan kami (mahkamah),” katanya dan menambah, mahkamah itu turut bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi.

Pua,yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dalam Parlimen Malaysia ke13, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 13 Okt yang membatalka­n tuntutan mahkamah beliau ke atas Najib dan kerajaan.

Pua, yang juga pengerusi DAP Selangor, menyaman Najib dan kerajaan pada 16 Jan tahun lepas, atas dakwaan terlibat dalam salah laku pentadbira­n awam berhubung isu 1MDB dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 14 Februari tahun lepas, Najib memohon untuk membatalka­n saman itu atas alasan beliau bukan pegawai awam dan mendakwa Pua telah menyalahgu­nakan proses mahkakmah.

Kerajaan, dalam pada itu, memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu pada 2 Mac tahun lepas, atas alasan Pua tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datin Faizah Jamaludin membatalka­n saman terhadap Najib dan kerajaan selepas memutuskan Pua tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan ke atas kedua-dua defendan.

Peguam Michelle Ng mewakili Pua, peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Najib manakala peguam kanan persekutua­n Alice Loke Yee Ching hadir bagi pihak kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia