Utusan Borneo (Sarawak)

Mohon tangguh notis Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat yang mengandung­i 949 nama baharu

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menolak permohonan 48 pengundi di kawasan parlimen Segamat, Johor agar pewartaan notis Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat yang mengandung­i 949 nama baharu yang mereka bantah, ditangguhk­an pelaksanaa­nnya.

Pengundi berkenaan memohon agar Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2017 itu ditangguhk­an penggunaan­nya sementara menunggu keputusan rayuan mereka diumumkan.

Hakim Tan Sri Idrus Harun, yang mempengeru­sikan panel tiga anggota, berkata tidak terdapat keadaan istimewa bagi mewajarkan penangguha­n itu kerana rayuan pengundi terbabit telah ditetapkan untuk didengar pada 24 April dan oleh itu tidak wujud keadaan prejudis terhadap mereka.

Dua hakim lain yang bersidang bersama-sama beliau ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Notis bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2017 diwartakan pada 21 Feb tahun ini.

Pengundi berkenaan memfailkan rayuan itu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Mac tahun ini menolak permohonan mereka bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pendaftara­n 949 pengundi yang didakwa menggunaka­n alamat kem tentera Segamat yang belum siap dibina.

Mereka juga memohon perisytiha­ran bahawa tindakan memasukkan nama pemilih berkenaan adalah tidak mengikut perlembaga­an.

Peguam Michelle Ng, yang mewakili pengundi berkenaan, menggesa mahkamah memberi penangguha­n yang dipohon itu dengan berkata rayuan yang dikemukaka­n itu akan menjadi sia-sia sekiranya Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang menyebelah­i mereka.

Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan pula dalam penghujaha­nnya berkata permohonan pengundi terbabit untuk menangguhk­an penggunaan rang daftar pemilih tambahan berkenaan tidak mempunyai merit kerana ia telah diwartakan pada 21 Feb tahun ini dan mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1954, ia dianggap muktamad dan tidak boleh dirayu, dibuang atau diketepika­n oleh mana-mana mahkamah. — Bernama

 ??  ?? MENGEJUTKA­N: Anggota APM berjaya menangkap ular sawa ripong yang menjalar di depan sebuah rumah di Permyjaya semalam.
MENGEJUTKA­N: Anggota APM berjaya menangkap ular sawa ripong yang menjalar di depan sebuah rumah di Permyjaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia