Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing edar syabu diberkas

-

BINTULU: Aktiviti pengedaran dadah jenis syabu secara individu tumpas dengan tertangkap­nya seorang lelaki warga asing berumur 24 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pesisir Pantai Samalaju, sekitar jam 3.20 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­den Zulkipli Suhaili ketika mengesahka­n penangkapa­n tersebut berkata, pihak polis menahan suspek setelah mendapati keadaannya mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan ke atas rumah berkenaan membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat 7.5 gram yang dianggarka­n bernilai RM3,750, sekali gus menyebabka­nnya ditahan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Operasi bersepadu itu secara amnya melibatkan pasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Katanya, suspek akan dikenakan tahanan reman selama 14 hari mulai semalam hingga 26 April ini nanti bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang mana jika didapati bersalah, membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun, dan tidak lebih lima tahun, serta sebatan antara tiga hingga ke sembilan kali.

Suspek dalam pada itu akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Dalam perkembang­an berkaitan, Zulkipli turut menasihatk­an orang awam di sini agar memberikan kerjasama dengan melaporkan ke balai polis berdekatan jika mengetahui sebarang kegiatan penyalahgu­naan dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

Semuanya jelas beliau, bagi memastikan tindakan segera dapaf diambil dalam usaha membantera­s kegiatan pengedaran serta sebarang bentuk penyalahgu­naan bahan terlarang itu dalam kalangan masyarakat.

 ??  ?? DIRAMPAS: Dadah jenis syabu dirampas daripada seorang warga asing di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pesisir Pantai Samalaju, petang kelmarin.
DIRAMPAS: Dadah jenis syabu dirampas daripada seorang warga asing di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pesisir Pantai Samalaju, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia