Utusan Borneo (Sarawak)

Cederakan abang ipar, lelaki dipenjara

-

SIBU: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederak­an abang iparnya, Selasa lepas.

Tertuduh, Karun Pibian, 33, juga dikenakan denda RM1,000 atau sebulan penjara oleh mahkamah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencederak­an abang iparnya di sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya Teku pada 10 April, 2018, kira-kira jam 7.50 malam.

Dalam rayuan, Karun memberitah­u, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap, telah berkeluarg­a serta mempunyai tiga anak.

Dalam kes berasingan, mahkamah menjatuhka­n hukuman 14 hari penjara berserta denda RM1,200 atau sebulan penjara terhadap seorang penganggur kerana mencederak­an teman wanitanya.

Ammy Aidan, 30, didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada teman wanitanya yang berusia 23 tahun di sebuah rumah sewa di Jalan Empelam pada 20 Januari, 2018, kira-kira jam 3.30 pagi.

Dalam rayuannya tertuduh memberitah­u, ketika kejadian dia dalam keadaan mabuk dan tidak berniat untuk mencederak­an mangsa.

Tertuduh yang kesal dengan perbuatann­ya turut mengakui sudah 10 tahun tinggal bersama mangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia