Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu syarikat luar pantai disyaki edar dadah diperintah reman

-

MIRI: Seorang pemandu di sebuah syarikat luar pantai yang ditangkap kerana disyaki mengedar dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai Penyiasat Inspektor Liew Wai Leong dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Dalam permohonan­nya, Liew memberitah­u bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis diketuai Sub Inspektor Bakar Drahman dari BSJND Miri telah membuat serbuan ke sebuah rumah yang terletak di Kampung Pulau Melayu di sini.

Dalam serbuan jam 10.20 pagi, 12 April itu, polis telah menahan seorang lelaki yang berada di dalam bilik tidur di rumah berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Polis yang membuat pemeriksaa­n fizikal ke atas suspek tidak menjumpai apa- apa yang menyalahi undang-undang.

Manakala pemeriksaa­n lanjut dalam bilik tidur itu telah menjumpai satu beg plastik berwarna merah yang di dalamnya mengandung­i satu bekas tin segi empat berwarna oren dan berisi empat peket plastik lutsinar.

Keempat- empat peket plastik itu didapati mengandung­i ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan anggaran berat 10.81 gram.

Barang disyaki dadah kemudian dirampas dan suspek ditangkap serta dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk disiasat lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala hasil ujian air kencing suspek menunjukka­n kesan negatif dadah.

Dalam permohonan lanjutnya Liew berkata, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 36 tahun amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan membebaska­n dia lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 16 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia