Utusan Borneo (Sarawak)

67,000 pemandu teksi terima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia Bernilai RM800 untuk pembelian petrol, gas asli di stesen Petronas

-

BERA: Skop serta objektif bantuan yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada usahawan Bumiputera perlu dilihat dalam konteks rantaian ekonomi yang lebih luas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu melabelkan kemudahan khusus bagi orang Melayu itu sebagai rasis, adalah keterlalua­n dan sengaja ditimbulka­n semula terutamany­a menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memberi persepsi negatif kepada kerajaan.

“Kita kena ingat, bantuan yang diberikan terutamany­a dalam memperkasa ekonomi pada akhirnya akan melimpah kepada kaum lain dalam negara.

“Bila usahawan yang kita bantu ini menjadi sebuah perniagaan besar, ‘partner’ atau rakan kongsi mereka biasanya tidak akan lagi sama, iaitu dalam kata lain akan berkongsi dengan kaum lain yang menguasai sektor tersebut.

“Malah, jika ia kekal menjual nasi lemak sekalipun, bahan- bahan asas seperti beras masih dibeli daripada pembekal yang biasanya bukan dalam kalangan bumiputera,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED Nano) di Laman Kerayong di sini semalam.

Skim di bawah MARA itu memperuntu­kkan dana sebanyak RM15 juta bagi mengupayak­an usahawan nano Bumiputera dengan pembiayaan berjumlah RM10,000 seorang.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata usaha MARA membantu Bumiputera bukan sesuatu yang baharu dan sejak 52 tahun ditubuhkan, institusi itu telah membantu melahirkan 242, 254 usahawan dengan dana sebanyak RM7.9 bilion.

Beliau berkata keadaan itu tentunya telah memberi manfaat ekonomi yang besar kepada kaum lain, khususnya yang kerap membangkit­kan isu tersebut kerana 90 peratus pembekal adalah dalam kalangan bukan Bumiputera.

“Sebab itu, saya rasa isu ini sengaja ditimbulka­n pihak berkepenti­ngan dengan secara sedar mengecilka­n skop, objektif dan rantaian ekonomi yang dibawa melalui skim yang diperhebat kerajaan kepada usahawan Bumiputera,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiann­ya Ismail Sabri mengingatk­an usahawan Bumiputera supaya tidak mengambil mudah terhadap kemudahan yang dinikmati kerana keadaan itu tidak mungkin kekal jika negara diperintah oleh parti selain Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata kerajaan hari ini menyediaka­n semua kemudahan itu kerana BN yang ditunjangi UMNO mempunyai perlembaga­an yang jelas mengenai membela kaum Bumiputera tanpa meminggirk­an kaum lain.

Sebab itu jangan sesekali membuat pilihan yang salah pada 9 Mei depan dengan menganggap kerajaan lain akan meneruskan apa yang ditawarkan kerajaan BN, katanya yang merujuk tarikh pengundian PRU14. — Bernama SERDANG: Lebih 67,000 pemandu teksi seluruh negara menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandung­i nilai RM800 untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas.

Pada majlis penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia itu di sini semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata melalui kad bantuan itu, pemandu teksi juga mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra Petronas, termasuk perlindung­an insurans kemalangan peribadi sehingga RM50,000.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kad itu akan diagihkan oleh Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementeria­n Kewangan, dan melibatkan dana sebanyak RM53.6 juta.

“Saya percaya dengan penggunaan kad bantuan itu, ia dapat mengurangk­an kos operasi harian dan dengan itu meningkatk­an lagi pendapatan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kad bantuan itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Majlis itu dihadiri lebih 10,000 pemandu teksi dari seluruh negara. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah.

Najib berkata nilai RM800 dalam kad bantuan itu akan dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada kemampuan kerajaan.

“Kerajaan tidak akan melupakan golongan pemandu teksi yang sentiasa dekat di hati kerajaan,” katanya.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumka­n bahawa semua pemandu teksi di seluruh negara yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) akan menerima kelulusan secara automatik.

Katanya ini kerana kerajaan mendengar keluhan dan rintihan kumpulan pemandu teksi bahawa ada dalam kalangan mereka gagal menerima BR1M kerana berdaftar di bawah Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pemilik syarikat.

Di Langkawi misalnya, kata perdana menteri, daripada 982 pemandu teksi yang memohon BR1M, hanya 195 layak manakala 425 orang

Saya percaya dengan penggunaan kad bantuan itu, ia dapat mengurangk­an kos operasi harian dan dengan itu meningkatk­an lagi pendapatan. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

gagal kerana mereka berdaftar dengan SSM.

“Kerajaan berpendapa­t bahawa hal ini sedikit tidak adil telah berlaku dan syarat ini bukan kehendak kerajaan sebenarnya. Jadi, kerajaan memutuskan semua pemandu yang layak pohon BR1M akan menerima kelulusan secara automatik.

“Saya sedar pemandu teksi bekerja lebih 12 jam. Apa yang diumumkan hari ini iaitu Kad Bantuan Teksi 1Malaysia dan BR1M untuk warga pemandu akan memberi kelegaan kepada semua,” katanya.

Menurut Najib, kerajaan telah meluluskan 11 inisiatif khas di bawah Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang dirangka oleh SPAD bagi memperkena­lkan pembaharua­n untuk mewujudkan persekitar­an industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna.

“Transforma­si Pengangkut­an Awam Darat sentiasa menjadi satu keutamaan bagi kerajaan dan kerajaan telah meminta SPAD untuk mencari jalan serta membuat cadangan untuk membantu pemandu teksi.

“Sebagai langkah pertama untuk mengurangk­an beban, kerajaan telah bersetuju menyerahka­n lesen individu kepada pemandu yang akan keluar daripada sistem pajak,” katanya.

Najib menyifatka­n permasalah­an dan ketidakadi­lan yang berlaku kepada para pemandu teksi khususnya di bawah modal pajak yang begitu membebanka­n sebagai sejenis perhambaan zaman moden.

Selain itu, katanya kerajaan juga telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pemberian Geran Tunai Kerajaan bernilai RM5,000 kepada penerima lesen teksi individu yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak ketika pembentang­an Bajet 2017.

“Dalam Bajet 2018, saya turut mengumumka­n bahawa para pemandu teksi berdaftar dan layak yang berhasrat untuk menyertai perkhidmat­an e-hailing akan juga diberikan Geran Tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 untuk membeli kereta baharu,” katanya.

Sejak pelaksanaa­n pemberian permit teksi individu kepada pemandu teksi yang menamatkan kontrak pajak, Najib berkata seramai 2,533 pemandu teksi telah menerima lesen teksi individu dan sebanyak 643 geran tunai kerajaan yang bernilai RM3.215 juta telah disalurkan kepada yang layak.

Memandangk­an sebahagian besar warga pemandu tidak dilindungi insurans, Najib berkata kerajaan turut menyediaka­n geran kewa- ngan khas kerajaan sebanyak RM60 juta untuk memulakan pelaksanaa­n skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi memberikan perlindung­an kepada pemandu teksi dalam pembentang­an Bajet 2017.

“Di bawah skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar minimum RM157 iaitu hanya RM13.08 sebulan. Skim ini menyediaka­n faedah wang tunai kepada pemandu teksi dan tanggungan sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kemalangan dan menyediaka­n rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional,” katanya.

Najib memberitah­u kesemua itu merupakan keprihatin­an kerajaan kerana telah melancarka­n pelbagai program dan inisiatif secara inklusif bagi membantu pemandu teksi di seluruh negara serta sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tiada seorang rakyat Malaysia akan ketinggala­n pada arus pembanguna­n negara.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an semua pemandu teksi agar memainkan peranan penting dalam menonjolka­n imej positif Malaysia kepada para pelancong kerana mereka merupakan barisan hadapan dalam industri pelanconga­n negara.

“Jadilah pemandu teksi yang selalu mesra, jujur dan memberi layanan yang baik, maka anda semua boleh dianggap sebagai duta kecil kepada Malaysia. Inilah hasrat kita supaya pemandu teksi dapat membantu kerajaan sejajar dengan transforma­si yang sedang dilalui oleh negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAD BANTUAN TEKSI: Antara pemandu teksi yang menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang disempurna­kan Najib di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang semalam.
— Gambar Bernama KAD BANTUAN TEKSI: Antara pemandu teksi yang menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang disempurna­kan Najib di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia