Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Komuniti pupuk budaya pembelajar­an sepanjang hayat

-

LENGGONG: Penubuhan 98 Kolej Komuniti di seluruh negara buat masa ini mampu memupuk dan menanam budaya pembelajar­an sepanjang hayat dalam kalangan rakyat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata penawaran kursus jangka pendek dan panjang di kolej itu dilihat mampu menunaikan permintaan masyarakat tanpa mengira peringkat umur apabila menyediaka­n pelbagai latihan serta kemahiran yang diperlukan menerusi pelbagai kursus yang ditawarkan.

“Kerajaan sedar bahawa masyarakat setempat memerlukan latihan dan kemahiran tertentu dalam mengembang­kan perniagaan mereka terutamany­a individu yang terlibat dengan industri kecil dan sederhana (IKS).

“Keperluant­ersebutdip­enuhi dengan wujudnya Kolej-Kolej Komuniti di seluruh negara, sekali gus menjadikan masyarakat mampu mempersiap­kan diri memasuki Revolusi Perindustr­ian 4.0 yang memerlukan mereka melakukan perubahan, seiring dengan transforma­si digital,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Kolej Komuniti Lenggong iaitu Kolej Komuniti ke-98 di seluruh negara, di pekarangan Majlis Daerah Lenggong di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Prof Datuk Mohd Ismail Abd Aziz.

Mengulas mengenai Kolej Komuniti itu yang juga ke-14 seumpamany­a di Perak, Idris berkata ia akan lebih memberi tumpuan kepada Sijil Pelanconga­n dan Pengembara­an, sesuai dengan status Lembah Lenggong yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia pada 2004.

Shamsul Anuar berkata kewujudan institusi pendidikan tinggi seperti Kolej Komuniti Lenggong ini juga mampu membantu kerajaan negeri dalam melakukan lonjakan bagi menaikkan lagi sektor pelanconga­n negeri.

Sementara itu, seorang warga emas, Aishah Hamad, 70, membuktika­n usia bukan penghalang untuk terus menimba ilmu mengembang­kan perusahaan ikan loma pekasam yang diceburiny­a sejak lima tahun lalu.

Berasal dari Kampung Batu 6, Bandariang, Gerik dekat sini, beliau sanggup meredah perjalanan kira-kira sejam untuk ke Pekan Lenggong, bagi mendaftark­an diri mengikuti kursus Teknik Melabel Produk jangka pendek yang ditawarkan.

Aishah atau lebih mesra dipanggil Opah berkata berbekalka­n minat mendalam dan mahu memajukan perniagaan menyebabka­n beliau menghadiri kursus jangka pendek itu yang hanya dikenakan bayaran RM5 untuk setengah hari.

“Opah dah daftar kursus ini pada tiga hari lepas. Sebenarnya opah tidak pernah guna komputer tapi disebabkan minat hendak belajar itu, opah belajarlah juga. Memang ada rasa malu, rasa pelik tapi bila dah menghadap guna komputer terasa seronok pula. Lagipun banyak perkara mereka ( tenaga pengajar) tunjukkan,” katanya.

Beliau berkata produk ikan loma pekasamnya ketika ini hanya dijual sekitar Hulu Perak, dan diharapkan apabila adanya label produk dalam pembungkus­an, ia dapat dipasarkan lebih jauh.

Tidak memohon ataupun bergantung sebarang bantuan perniagaan, beliau yang tinggal berseorang­an berkata kesemua ikan loma ditangkap sendiri di sungai belakang rumahnya, selain turut memproses ikan itu secara sendirian.

“Bila suami dah meninggal dunia kira-kira lima atau enam tahun lepas dan anak-anak semuanya merantau serta kadangkala balik, ini sahajalah yang boleh membuatkan opah leka dan seronok-seronok,” katanya yang sememangny­a meminati bidang perniagaan sejak muda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia