Utusan Borneo (Sarawak)

SPED Nano bantu usahawan nano luar bandar

-

BERA: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semalam melancarka­n Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED Nano), khusus untuk membantu memperkasa perniagaan kecil Bumiputera di 182 kawasan parlimen di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak RM15 juta diperuntuk­kan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menjayakan skim yang menyasarka­n membantu 1,500 peniaga dalam kategori perniagaan dengan pendapatan tahunan maksimum RM150,000.

SPED Nano menawarkan bantuan pembiayaan RM10,000 tanpa cagaran dengan peniaga hanya perlu mempunyai lesen perniagaan daripada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia dan kelulusan pula mengambil masa tujuh hari, katanya ketika berucap melancarka­n skim itu, di Laman Kerayong di sini.

Katanya pembiayaan yang mengenakan kadar faedah empat peratus itu menumpukan usahawan nano dalam kalangan peniaga pasar malam, pasar tani serta peniaga dalam talian.

Beliau berkata SPED Nano diperkenal­kan selepas kerajaan mendapati kelompok terbabit yang sebelum ini termasuk dalam kategori perusahaan mikro sukar mendapat pinjaman kewangan kerana syarat yang ketat antaranya pinjaman perlu bermula dari RM50, 000 dan ke atas.

Katanya selepas mengambil kira keperluan peniaga kecil luar bandar yang tidak mampu mendapat pinjaman kewangan, kementeria­nnya mengecilka­n segmentasi perusahaan mikro dengan memberi fokus kepada perniagaan yang sekurang- kurangnya beroperasi minimum tiga bulan untuk dibantu melalui SPED Nano.

Ini sekali gus dapat membantu peniaga yang sukar mendapatka­n penjamin dan tidak memiliki aset untuk meningkatk­an perniagaan sedia ada, katanya.

Katanya bagi memastikan perniagaan terbabit terus berkembang, peniaga akan dibimbing oleh pegawai MARA.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyerahka­n cek pembiayaan bernilai RM10,000 masing- masing kepada 15 usahawan dari kawasan Parlimen Bera. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRODUK TEMPATAN: Orang ramai mengunjung­i gerai pameran masyarakat luar bandar di Dataran Kerayong semalam.
— Gambar Bernama PRODUK TEMPATAN: Orang ramai mengunjung­i gerai pameran masyarakat luar bandar di Dataran Kerayong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia