Utusan Borneo (Sarawak)

UKM tawar Kursus Integriti dan Rasuah

-

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) mengambil langkah proaktif dengan menawarkan Kursus Integriti dan Rasuah dalam usaha memupuk kesedaran mengenai salah laku rasuah dalam kalangan pelajarnya.

Penyelaras kursus itu Prof Madya Dr Fazilah Idris berkata kursus elektif yang ditawarkan melalui Pusat Citra universiti itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak sebagai tenaga pengajar.

Beliau berkata kursus yang mula ditawarkan tahun ini memfokuska­n kepada pembelajar­aan berdasarka­n pengalaman dan ia terbuka kepada semua penuntut ijazah sarjana muda.

“Setakat ini kami satu-satunya universiti yang menawarkan kursus sebegini kepada pelajar kerana menyedari ia penting untuk memberi kesedaran awal kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas ditemui pada program Ce- ramah Interaktif: Tumbuk Rusuk, Duit Panadol yang disampaika­n bekas majistret Mohd Firdaus Ramlan di UKM, di sini, semalam.

Pada program itu Mohd Firdaus berkongsi pengalaman­nya menjalani hukuman penjara akibat salah laku rasuah.

Beliau terpanggil untuk berkongsi pengalaman­nya ketika menghuni di sebalik tirai besi kepada masyarakat, terutamany­a pelajar kerana baginya ’melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.

“Tidak ada lagi pesalah rasuah yang tampil secara terbuka untuk berkongsi kisah mereka… saya kena lakukan perkara ini kerana tidak mahu anak-anak saya dan generasi akan datang melakukan perkara sama (terlibat rasuah),” katanya.

Mohd Firdaus yang dipenjarak­an pada 2012 dan dibebaskan 2014 kini aktif dalam aktiviti pencegahan rasuah di seluruh negara dengan berkongsi pengalaman­nya serta menyampaik­an ceramah di pelbagai institusi khususnya agensi kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia