Utusan Borneo (Sarawak)

Qatar terima jemputan beraksi pada kejohanan Copa Amerika di Barzil tahun depan

-

Sarr dam Florian Thauvin. Jean-Kevin Augustin merapatkan kedudukan buat Leipzig dengan gol 10 minit selepas rehat tetapi Dimitri Payet memastikan kedudukan 4-2 lima minit. Dengan Leipzig menyerang habis-habisan untuk mencari gol ketiga bagi mengikat kedudukan secara agregat dan layak dengan peraturan gol di tempat lawan, Hiroki Sakai menjadi wira Marseille apabila menjaringk­an gol kelima dari satu serangan pantas untuk kemenangan agregat 5-3. Salzburg tewas 2- 4 kepada Lazio di Rom minggu lepas tetapi mereka bangkit dengan kemenangan 4-1 di Austria walaupun Ciro Immobile membuka jaringan buat Lazio dalam separuh masa kedua. — AFP DOHA, Qatar: Qatar mengesahka­n bahawa mereka akan bermain pada kejohanan Copa Amerika 2019 di Brazil selepas menerima jemputan untuk turut serta, menurut jurucakap persatuan bola sepak negara itu di sini Khamis lepas.

“Qatar akan bermain pada Copa Amerika 2019, ia satu peluang yang hebat untuk kami menyertai kejohanan seperti ini,” kata jurucakap kepada AFP.

Jemputan itu telah diterima oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA), Hamad Bin Khalifa Bin Ahmed Al- Thani, yang berada di Argentina untuk menghadiri kongres badan induk bola sepak Amerika Selatan ( CONMEBOL), tambah jurucakap.

Qatar, tuan rumah Piala Dunia 2022, adalah salah satu dari enam pasukan bukan dari Amerika Selatan yang dijangka akan menyertai kejohanan yang akan berlangsun­g pada bulan Jun dan Julai 2019.

China, Jepun, Mexico dan dua lagi negara lain mungkin akan menyertai pasukan gergasi Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Uruguay, menjadikan jumlah penyertaan kepada 16 pasukan.

CONMEBOL mengumumka­n bulan lepas di mana tiga pasukan dari Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC), di mana Qatar adalah anggotanya, akan dijemput bersamasam­a tiga negara lain dari sama ada benua Amerika Utara atau Caribbean.

Qatar terdesak untuk bermain perlawanan kompetetif sebelum menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2022.

Lapan negara luar Amerika Selatan pernah dijemput untuk beraksi dalam Copa Amerika.

Qatar juga pernah dijemput bermain pada 2011 tetapi tidak dapat kerana komitmen lain, kata pegawai. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? Ramsey (kanan) berjaya memperdaya penjaga gol CSKA, Igor Akinfeev sebelum menjaringk­an gol penyamaan Arsenal pada lewat permainan di Stadium VEB Arena, Moscow Khamis lepas. PENYUDAH TAJAM: Welbeck ceria selepas menjaringk­an gol pertama Arsenal pada...
— Gambar AFP — Gambar AFP Ramsey (kanan) berjaya memperdaya penjaga gol CSKA, Igor Akinfeev sebelum menjaringk­an gol penyamaan Arsenal pada lewat permainan di Stadium VEB Arena, Moscow Khamis lepas. PENYUDAH TAJAM: Welbeck ceria selepas menjaringk­an gol pertama Arsenal pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia