Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal bangkit ikat CSKA Moscow 2-2 untuk mara ke separuh akhir Liga Europa dengan agregat 6-3

-

MOSCOW, Rusia: Arsenal terselamat dari satu kebangkita­n lawan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Europa selepas mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua menentang CSKA Moscow di Rusia Khamis lepas.

Fedor Chalov dan Kirill Nabakin menjaringk­an gol pendahulua­n buat CSKA untuk menghidupk­an peluang tetapi Danny Welbeck dan Aaron Ramsey menjaringk­an gol lewat untuk memastikan Arsenal menang 6-3 secara agregat.

Ia adalah satu lagi malam yang menarik di Eropah apabila Marseille dan Red Bull masingmasi­ng bangkit dari kekalahan pada perlawanan pertama.

Atletico Madrid juga meneruskan kemaraan walaupun tewas 0-1 di Sporting Lisbon.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, beraksi tanpa Granit Xhaka dan Henrikh Mkhitaryan di Moscow, membolehka­n Mohamed Elneny dan Welbeck diturunkan ke dalam pasukan yang menang 4-1 pada perlawanan pertama.

Mengekalka­n saingan dalam Liga Europa untuk menyelamat­kan musim mereka selepas berada di luar empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris, Arsenal hampir tersungkur di CSKA Arena.

Pasukan tuan rumah, dengan sokongan 29,000 penonton, membuka jaringan enam minit sebelum rehat dari rembatan Chalov penjaga gol Petr Cech s e b e l u m itu menebis cubaan Nababkin.

Harapan CSKA semakin meningkat apabila Nababkin menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-50 selepas Cech menepis rembatan jarak jauh Alexander Golovin tetapi bola muntah sampai ke arah Nababkin. Tetapi Arsenal menamatkan sebarang kebangkita­n apabila Welbeck merapatkan kedudukan sebelum Ramsey mengikat kedudukan pada minit akhir. “Mungkin kami agak terkejut dengan kepantasan permainan dan kami kelihatan tidak bersedia dalam separuh masa pertama. Kami akan tertekan tetapi kami berjaya bangkit bergaya,” kata Wenger selepas Arsenal melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan buat kali pertama sejak 2009.

Jurulatih CSKA, Viktor Gancharenk­o menambah; “Kami hanya bermain dengan baik selama 75 minit dan selayaknya mendahului kedudukan. Kami hampir untuk satu kebangkita­n tetapi tidak memadai.”

Selepas AS Roma mengejutka­n Barcelona dan Juventus hampir mengenepik­an Real Madrid dalam Liga Juara-Juara, Marseille dan Salzburg turut mengekori jejak mereka apabila bangkit bergaya.

Marseille, juara Liga JuaraJuara pada 1993, perlu bangkit dari kekalahan 0-1 kepada RB Leipzig di Veldrome.

Mereka bagaimanap­un bermula buruk apabila Bruma membuka jaringan buat Leipzig seawal minit kedua, menyebabka­n Mar-

seille memerlu- kan tiga gol untuk mengelak penyingkir­an.

Tetapi mereka melakukann­ya sebelum rehat menerusi gol sendiri Stefan Ilsanker own goal, Bouna

 ??  ?? GOL PENYAMAAN:
GOL PENYAMAAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia