Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan bakal sahkan aksi Liga Juara-Juara musim hadapan The Reds

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap prestasi turun naik pasukannya boleh dilupakan apabila cuba melupakan kegembiraa­n apabila menanti kunjungan Bournemout­h dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Kemenangan akan memastikan Liverpool semakin m e n g e s a - hkan kel a y a k a n ke Liga J u a r a - J u a r a p a d a m u s i m hadapan, b e b e r a p a hari selepas melangkah ke separuh akhir kejohanan elit kelab Eropah itu buat kali pertama dalam tempoh satu dekad.

Liverpool menewaskan pendahulu Liga Perdana, Manchester City 5-1 secara agregat pada perlawanan suku akhir Liga JuaraJuara.

Mereka juga mendahului pasukan di tangga kelima, Chelsea dengan 10 mata walaupun Chelsea kurang satu perlawanan untuk saingan kelayakan ke Liga JuaraJuara selain hanya tewas dua kali dalam liga dari 24 perlawanan.

Bagaimanap­un, salah satu kekalahan itu ialah kekalahan 0-1 di Swansea, lapan hari selepas menewaskan City 4-3 di Anfield dalam liga, sesuatu yang mahu dielakkan oleh Klopp kali ini.

“Kami sudah matang secara konsisten. Pemain semakin biasa dengan situasi seperti ini,” kata Klopp selepas menewaskan City buat kali ketiga dari empat pertemuan musim ini.

“Jika anda boleh berkata sesuatu yang buruk tentang kami sejak beberapa bulan yang lalu, pada hari yang bagus, kami boleh menewaskan sesiapa pun dan pada hari yang buruk, kami boleh bolos dengan mudah. Kami cuba mengubahny­a. Kami masih dalam fasa pembanguna­n dan begitulah situasinya tetapi kami sudah m e r u p a - kan pasukan yang bagus.” Apa yang penting kepada konsistens­i Liverpool ketika ini kehadiran pemain pertahanan tengah, Virgil van Dijk.

Pemain dari Belanda itu dibeli dengan nilai 75 juta pound dari Southampto­n pada bulan Januari dan pertahanan Liverpool hanya bolos tujuh gol dari 13 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Van Dijk juga membawa kepimpinan di benteng pertahanan, sesuatu yang tiada sebelum ini dan membantu meningkatk­an pemain di sekeliling­nya seperti penjaga gol Loris Karius, pemain pertahanan tengah, Dejan Lovren dan dua pemain kurang berpengala­man, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold.

Dari 20 cubaan City ketika menentang City Selasa lepas, 12 cubaan dihadang pertahanan di hadapan Karius selain Liverpool mempamerka­n satu lagi aksi menyerang menarik dari Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Salah dan Firmino menjaringk­an gol pada perlawanan Selasa lepas dan gandingan mereka sudah menjaringk­an 79 gol musim ini.

Klopp harus membuat keputusan sekiranya mahu menurunkan ketiga- tiga pemain itu hari ini atau merehatkan pemain dengan perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara- Juara adalah pada minggu hadapan.

Bournemout­h ketika ini memiliki kelebihan 10 mata dari zon penyingkir­an dan pemain sayapnya, Ryan Fraser percaya mereka tidak mempunyai sebarang pilihan pada kunjungan di Anfield.

“Menentang pasukan yang kuat, anda perlu lupa saingan mengelak penyingkir­an dan menikmatin­ya,” kata beliau. “Kami pergi ke Old Trafford (Manchester United) pada awal musim dan dalam separuh masa kedua kami mencemaska­n mereka tetapi kekalahan 0-1 tetap tidak menggembir­akan. Anda bagaimanap­un harus menikmati pengalaman ini.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUMBANGAN HEBAT: Klopp (kiri) berjabat tangan dengan Salah sebelum keluar padang pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang City di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas.
— Gambar AFP SUMBANGAN HEBAT: Klopp (kiri) berjabat tangan dengan Salah sebelum keluar padang pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang City di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia