Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs tidak akan benarkan City ‘berpesta’ di Wembley

-

LONDON, England: Ia mungkin terlalu lewat untuk menghalang kemaraan Manchester City daripada menjulang trofi Liga Perdana Inggeris tetapi Tottenham Hotspur boleh menangguhk­an lagi pengesahan kejuaraan dengan memberikan kekalahan keempat berturut-turut City hari ini.

City mengharung­i minggu terburuk mereka sejak Pep Guardiola menjadi pengurus apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut, kali pertama ia berlaku di bawah kendalian jurulatih dari Sepanyol itu.

Liverpool menang 51 secara agregat dengan menewaskan City pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu selepas City tewas 2-3 kepada Manchester United dalam liga di antara dua perlawanan di Eropah.

City masih memiliki kelebihan 13 mata di singahsana liga dengan baki enam perlawanan musim ini dan City boleh mengesahka­n kejuaraan liga seawal hari Ahad jika menang di Spurs sementara Manchester United tewas kepada West Brom.

City membelasah Spurs 4-1 pada pertemuan awal musim ketika dalam rekod memenangi 18 perlawanan berturut-turut untuk mendahului kedudukan liga.

Bagaimanap­un, dengan bolos lapan gol dalam tiga perlawanan, City mendedahka­n kelemahan yang tidak didedahkan oleh lawan mereka di awal musim.

Pendekatan berani Liverpool adalah berbeza dengan apa yang biasa City hadapi dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendapat ganjaran dengan tiga kemenangan dari empat pertemuan musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia