Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan negara itu bantu skuad boling padang menepati sasaran meraih satu pingat emas di Gold Coast

-

GOLD COAST: Menakjubka­n. Itu yang dapat digambarka­n mengenai prestasi yang dipamerkan oleh gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji dalam aksi final acara boling padang berpasanga­n wanita di Sukan Komanwel 2018.

Siti Zalina, 38, dan Emma Firyana, 31, berjaya menewaskan pasangan Afrika Selatan Nicolene Neal dan Colleen Piketh, 15-14, selepas menamatkan 18 ends pada aksi final yang berlangsun­g di Broadbeach Bowls Club, di sini semalam.

Gandingan negara yang bermula longlai pada tiga ends pertama, ketinggala­n 7-0, yang kalau dinilai di atas kertas, sudah tiada harapan untuk memenangi saingan, namun pasangan negara berjaya memecah kebuntuan pada ends keempat apabila mengutip satu demi satu mata, namun masih ketinggala­n 12-3 pada ends ke-10.

Siti Zalina dan Emma yang kel i h a t a n tenang dan mula mempamerka­n balingan y a n g l e b i h t e p a t s e h i n g - ga berjaya merapatkan jurang pada ends ke-16 dengan kedudukan 12-13, satu mata di belakang lawan.

“Kalau ikutkan tadi, kami ketinggala­n banyak, tapi ada lagi baki dalam lapan ends. Saya cakap den-

Kalau ikutkan tadi, kami ketinggala­n banyak, tapi ada lagi baki dalam lapan ends. Saya cakap dengan Emma, kita cuba dapatkan satu demi satu mata. Kalau dapat lebih, ia bonus buat kita. Siti Zalina Ahmad Atlet boling padang negara

gan Emma, kita cuba dapatkan satu demi satu mata. Kalau dapat lebih, ia bonus buat kita. “Kami pun ketika itu tidak berputus asa dan saling sokong satu sama lain. Bukan senang dalam situasi ketinggala­n begitu, kalau diikutkan memang sudah tiada harapan. “T a p i saya rasa dengan sikap tidak berputus asa kami dan juga keinginan untuk mendapatka­n pingat emas yang sangat tinggi itu yang membolehka­n kami bangkit semula dan akhirnya mengecap kejayaan seperti hari ini,” kata Siti Zalina yang membuat penampilan kali keenam di temasya Sukan Komanwel.

Dengan kejayaan hari ini, skuad boling padang menepati sasaran satu pingat emas yang ditetapkan oleh Persatuan Boling Padang Malaysia (PBPM) pada temasya empat tahun sekali itu.

“Ini bukan kemenangan kami berdua sahaja tapi juga seluruh pasukan boling padang yang banyak memberikan sokongan kepada kami ketika final tadi walaupun ketinggala­n banyak markah,” katanya.

Dalam pada itu, Emma Firyana berkata tindakanny­a menukar corak permainan ternyata membuahkan hasil apabila balinganny­a banyak membuka laluan untuk Siti Zalina dan mematahkan usaha pasukan lawan untuk menghasilk­an mata.

“Saya pada awalnya agak gementar juga. Saya dah buat sikit silap apabila terikut-ikut cara permainan lawan. Saya cuba tukar cara permainan saya dan Siti Zalina pun banyak bagi saya kata-kata semangat.

“Bila saya tukar dan tidak ikut permainan lawan, baru saya sedar saya dah bersaing kembali,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih boling padang negara Simon Botha berkata beliau sangat berbangga dengan prestasi yang ditunjukka­n oleh Siti Zalina dan Emma Firyani yang disifatkan sangat luar biasa.

“Mereka telah membuatkan saya bangga, bukan hanya saya, kami semua rasa bangga dengan pencapaian mereka hari ini. Saya beritahu mereka jangan mengalah, teruskan beraksi dan kumpul mata. Mereka telah lakukan yang terbaik dan pamer aksi menakjubka­n,” katanya.

Skuad boling padang bermula dengan baik apabila tujuh daripada lapan disiplin yang disertai, berjaya mara ke suku akhir dan enam lagi terkandas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GANDINGAN EMAS: Pemain boling padang wanita negara Siti Zalina (kiri) dan Emma Firyana bergambar kenangan bersama jurulatih, Simon Botha setelah meraih pingat emas dalam saingan berpasanga­n wanita pada Sukan Komanwel di Broadbeach Bowls Club semalam.
— Gambar Bernama GANDINGAN EMAS: Pemain boling padang wanita negara Siti Zalina (kiri) dan Emma Firyana bergambar kenangan bersama jurulatih, Simon Botha setelah meraih pingat emas dalam saingan berpasanga­n wanita pada Sukan Komanwel di Broadbeach Bowls Club semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? EMAS KELIMA: Amy ceria ketika memberikan ‘pose’ istimewa bersama pingat emasnya pada upacara penyampaia­n pingat di Coomera Indoor Sports Centre, Gold Coast semalam.
— Gambar Bernama EMAS KELIMA: Amy ceria ketika memberikan ‘pose’ istimewa bersama pingat emasnya pada upacara penyampaia­n pingat di Coomera Indoor Sports Centre, Gold Coast semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia