Utusan Borneo (Sarawak)

Muhamad Afiq teruja raih gangsa pada penampilan sulung kejohanan

-

GOLD COAST: Pelari pecut para negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara final 100m TT12 pada Sukan Komanwel 2018 di Stadium Carrara, di sini kelmarin.

Pada penampilan sulung pada temasya itu, atlet berusia 23 tahun itu mencatatka­n masa 11.28 saat, hanya 0.01 saat di belakang pemenang pingat perak, Hilton Lanegnhove­n dari Afrika Selatan.

Acara tersebut (masalah penglihata­n) dimenangi oleh seorang lagi pelari Afrika Selatan,, Ndodomzi Ntutu, dengan catatan 11.02s.

Pencapaian pingat gangsa Muhamad Afiq adalah sumbangan pertama untuk kontinjen negara dalam acara padang dan balapan dengan pingat sukan para diiktiraf dalam carta pungutan pingat temasya sukan itu.

Lebih manis lagi, pada aksi saringan pagi tadi, Muhamad Afiq berjaya memadamkan rekod kebangsaan milik Faizal Aidil Suhaimi iaitu 11.27s dengan catatan masa 11.20s.

Muhamad Afiq, yang berasal dari Johor itu, berkata tidak pernah terlintas difikirann­ya akan memenangi pingat di Sukan Komanwel.

“Terus-terang saya katakan, saya hanya sasarkan tempat di final. Tidak pernah saya fikir mengenai pingat kerana saya tidak mahu meletakkan tekanan ke atas diri saya sehingga boleh memberi kesan kepada prestasi.

“Hari ini saya mendapat kegembiraa­n berganda apabila pada awalnya pecah rekod kebangsaan dan kemudiaann­ya menang pingat, kegembiraa­n yang tidak dapat digambarka­n,” katanya selepas tamat larian itu.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga negara, Iskandar Alwi gagal meraih sebarang pingat dalam acara lompat bergalah apabila sekadar membuat lompatan setinggi 5m selepas gagal tiga kali percubaan pada ketinggian 5.35m. — Bernama GOLD COAST: Skuad gimrama negara menghadiah­kan pingat emas kepada kontinjen Malaysia melalui acara reben individu oleh Amy Kwan Dict Weng, semalam.

Pingat emas itu merupakan yang kelima buat Malaysia selepas sembilan hari Sukan Komanwel membuka tirai.

Amy yang memulakan persembaha­n terlebih dahulu pada final acara reben itu mengumpul 13.200 mata manakala seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan meraih pingat gangsa selepas membuat 12.000 mata.

Pingat perak acara itu menjadi milik gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou pada aksi di Coomera Indoor Sports Centre semalam.

Keseluruha­nnya, skuad gimrama mengumpul satu pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia