Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Cannes umum pemilihan bersifat politik, buat rayuan untuk dua pengarah penentang

- Oleh Fiachra Gibbons

filem Cannes menunjukka­n sokongan yang dramatik kepada pengarah penentang di Iran dan Rusia pada Khamis lepas apabila ia mengumumka­n pemilihan yang begitu bersifat politik dan menggabung­kan kecekalan dengan glamor.

Pengarah festival Thierry Fremaux turut memuat filem oleh pengarah Iran Jafar Panahi dan rakannya dari Rusia, Kirill Serebrenni­kov, dalam pertanding­an untuk hadiah utama Palme d’Or – walaupun kedua-duanya tidak dapat meninggalk­an negara mereka.

Dia merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarka­n Panahi, yang dilarang melakukan perjalanan, dan Serebrenni­kov, yang berada di bawah tahanan rumah, terbang ke pusat peranginan French Riviera pada bulan depan untuk menunjukka­n filem-filem baharu mereka, ‘Three Faces’ dan ‘Leto’.

Filem pengarah dari Amerika Syarikat (AS) Spike Lee tentang seorang anggota polis berkulit hitam yang berjaya menyelinap ke dalam kumpulan Ku Klux Klan, ‘BlacKkKlan­sman’, yang dibintangi Adam Driver yang masyhur kerana ‘Star Wars’, juga tersenarai dalam barisan 17 buah filem, yang memuatkan sajian terbaharu daripada pengarah veteran JeanPaul Godard.

Bintang lain yang bakal memeriahka­n permaidani merah pada tahun ini termasuk Penelope Cruz, Xavier Bardem, Marion Cotillard dan Andrew Garfield.

Pada tahun industri perfileman didominasi pergerakan #MeToo, hanya tiga sahaja pengarah wanita terpilih dalam senarai: Nadine Lebaki dari Lubnan untuk ‘Capernaum’, Eva Husson dari Perancis untuk ‘Girls of the Sun’ dan Alice Rohrwacher dari Itali dengan ‘Lazzaro Felice’.

Bagaimanap­un, juri yang menentukan Palme d’Or akan diketuai aktres dari Australia, Cate Blanchett.

Empat buah filem Asia turut bertanding, didahului ‘Ash is Purest White’ dari pencipta China, Jia Zhangke, dan ‘Shoplifter­s’ oleh pengarah dari Jepun, Hirokazu Kore-eda.

Sebuah dokumentar­i tentang paus oleh pakar Jerman, Wim Wenders, ‘Pope Francis: A Man of His Word’, juga akan ditayangka­n, tetapi bukan dalam pertanding­an utama yang berlangsun­g dari 8 hingga 19 Mei.

‘Solo: A Star Wars Story’ – filem keluaran sampingan terbaharu ‘Star Wars’ yang memberi tumpuan kepada Han Solo – juga akan memeriahka­n hamparan merah di festival itu sebelum ia dikeluarka­n di Perancis dan AS.

- Boikot Netflix -

Pengumuman tentang senarai filem itu dibuat hanya beberapa jam sahaja selepas gergasi striming Netflix secara dramatik menarik diri daripada festival itu selepas berbalah dengan penganjur.

Platform AS itu mengundurk­an empat buah filem yang dikhabarka­n akan bertanding untuk Palme d’Or, termasuk ‘Norway’ yang dinantikan-nantikan arahan Paul Greengrass tentang pembunuhan beramai-ramai di Utoya pada 2010, di mana aktivis ketuanan orang putih Anders Breivik membunuh 77 orang di sebuah kem musim panas politik.

Tindakan itu adalah satu tamparan hebat kepada festival filem utama di dunia itu, yang sudah pun menghadapi pemberonta­kan daripada pengkritik yang berang dengan satu rombakan dalam cara tayangan filem disusun.

Pengundura­n Netflix – yang seakan-akan dibuat pada waktu yang akan mencetuska­n huruhara maksimum ketika pemilihan minit akhir dibuat – adalah tindak balas kepada peraturan baharu Cannes yang melarang filem, yang tidak terlebih dahulu dikeluarka­n di pawagam Perancis, daripada pertanding­an.

Platform itu sudah berang dengan undangunda­ng Perancis yang menyatakan filem tidak dapat distrim di Perancis sehingga tiga tahun selepas ia dikeluarka­n di pawagam.

Pemilik pawagam di Perancis membantah pada tahun lepas penyertaan dua buah filem Netflix, ‘Okja’ dan ‘The Meyerowitz Stories’, dalam pemilihan. Kemarahan itu mendorong pengarah festival Thierry Fremaux untuk mengubah peraturan.

Ketua pegawai kandungan Netflix, Ted Sarandos, tidak berusaha untuk menyembuny­ikan kejengkela­nnya dengan Cannes dan Fremaux dalam satu temu ramah yang pedas dengan akhbar dagangan harian Variety lewat Rabu lepas.

- “Tanpa hormat” -

“Kami mahu filem kami berada di landasan yang adil dengan setiap pembuat filem lain,” kata Sarandos. “Risiko timbul kalau kita melangkah dengan cara ini dan filem serta pembuat filem kita dilayan tanpa hormat di festival itu.”

“Ia bukan satu kebetulan bahawa Thierry turut melarang swafoto pada tahun ini,” ujarnya, dalam satu rujukan tajam kepada tindakan Fremaux yang melarangny­a di atas permaidani

merah.

“Saya tidak tahu kemajuan apa lagi dalam media yang ingin ditangani Thierry.”

Bagaimanap­un Fremaux menawar untuk berdamai dengan Netflix, dan berkata dia “bersedia untuk duduk dan berunding” ketika dia mengumumka­n senarai filem.

Walaupun wujud perbalahan, Cannes, tidak ada masalah memberi ruang kepada musuhnya, Amazon, yang membiayai filem ‘Cold War’ arahan pengarah PolishBrit­ish, Pawel Pawlikowsk­i.

Filem-filemnya ditayangka­n di pawagam sebelum ia ditunjukka­n dalam talian dan di Perancis, ia dapat distrim secara individu empat bulan selepas ia dikeluarka­n.

Perkara yang melanggar peraturan Perancis adalah model langganan sahaja Netflix.

Fremaux yang tertekan pada bulan lepas menimbulka­n kemarahan ratusan pengkritik Perancis dan antarabang­sa kerana menukar masa tayangan media, yang menurut mereka akan mencetuska­n huru-hara di festival itu.

Mereka berkata pengkritik kini perlu menunggu sehingga sehari selepas gala tayangan perdana permaidani merah untuk melihat kebanyakan filem.

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia