Utusan Borneo (Sarawak)

Tunjuk bukti wartawan, jurugambar dan pemandu yang diculik masih hidup atau berdepan dengan respons tegas

-

QUITO: Presiden Ecuador memberi tempoh kepada pemberonta­k pembelot Colombia selama 12 jam pada malam kelmarin untuk menunjukka­n bukti sama ada seorang wartawan, seorang jurugambar dan seorang pemandu mereka yang diculik masih hidup, atau berdepan dengan respons tegas.

Pihak kerajaan kelmarin menerima gambar daripada stesen TV Colombia RCN yang membayangk­an tiga orang itu telah dibunuh.

Wartawan tersebut diculik oleh kumpulan pembelot daripada gerila FARC di Colombia di sepanjang sempadan perkongsia­n negara pada 26 Mac.

Presiden Lenin Moreno, dalam satu ucapan penuh emosi, menegaskan sekiranya kerajaan tidak menerima maklumat mengenai status kumpulan itu “kami akan bertindak secara tegas...tidak teragak-agak untuk menghukum pencabul hak asasi manusia ini”.

Beliau bercakap di lapangan terbang Quito sebaik sahaja beliau pulang dari satu persidanga­n wilayah di Peru.

“Kiraan masa bermula sekarang,” tegas Moreno.

Wartawan Javier Ortega, 32, jurugambar Paul Rivas, 45, dan pemandu Efrain Segarra, 60, diculik oleh pembelot FARC pada 26 Mac di sempadan Ecuador-Colombia.

Pada 3 April, televisyen RCN di Colombia menyiarkan satu rakaman video selama 23 saat menunjukka­n ketiga-tiga mereka memakai rantai dengan mangga yang digantung pada leher mereka, bukti pertama menunjukka­n mereka masih hidup.

Salah seorang tebusan telah meminta Moreno untuk melakukan satu perjanjian bagi pembebasan mereka.

Moreno kemudian mengumumka­n kerajaanny­a “akan melakukan sedaya upaya bagi segala-galanya supaya mereka boleh pulang dengan selamat dan dalam keadaan baik,” menurut seorang jurucakap.

Moreno memutuskan untuk segera pulang ke Quito selepas sebuah stesen televisyen Colombia mengumumka­n ia mengeluark­an gambar yang menunjukka­n tiga orang itu mungkin sudah dibunuh.

Wartawan itu telah melakukan tugasan di kawasan sempadan di mana pasukan keselamata­n Ecuador berdepan satu siri serangan maut dipersalah­kan terhadap anasir pembelot FARC yang terlibat dalam pengedaran dadah.

Pergerakan FARC yang lebih besar telah mencapai perjanjian damai bersejarah dengan kerajaan Colombia pada 2016. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TOLONG KAMI!: Anggota keluarga kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang diculik meratap hiba semasa sidang media dianjurkan oleh pihak berkuasa di Quito, kelmarin.
— Gambar AFP TOLONG KAMI!: Anggota keluarga kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang diculik meratap hiba semasa sidang media dianjurkan oleh pihak berkuasa di Quito, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Menteri Dalam Negeri Ecuador Cesar Navas (tengah) bercakap pada sidang media mengenai penculikan tiga lelaki oleh pemberonta­k pembelot Colombia di Quito, kelmarin.
— Gambar AFP TEGAS: Menteri Dalam Negeri Ecuador Cesar Navas (tengah) bercakap pada sidang media mengenai penculikan tiga lelaki oleh pemberonta­k pembelot Colombia di Quito, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia