Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hubungi 911 dakwa ‘kanak-kanak didera’ empat bulan sebelum nahas SUV

-

CALIFORNIA: Seorang lelaki, dengan anak perempuan yang menjadi jiran sebuah keluarga yang terkorban apabila kenderaan utiliti sukan ( SUV) mereka terjunam di sebuah cenuram California, memberi amaran kepada pihak berkuasa empat bulan sebelum kejadian itu bahawa enam anak angkat dalam keluarga tersebut sedang “didera dengan teruk”, menurut satu rakaman panggilan 911 yang dibuat oleh lelaki tersebut.

Jennifer Hart, 38, dipercayai dengan sengaja memandu SUV keluarga dari Negeri Washington itu dari cenuram di sebuah bukit cantik Pantai Pasifik pada hujung Mac lalu, dan membunuh dirinya, ‘ isterinya’, Sarah Hart, dan enam anak angkat mereka yang berbangsa Afrika-Amerika.

Mayat tiga anak paling dewasa sudah dijumpai, manakala satu mayat yang ditemui pada minggu lepas dipercayai mayat seorang daripada tiga kanak-kanak lain yang hilang.

Steve Frkovich, bapa kepada Dana DeKalb, tinggal di rumah yang berjiran dengan pasangan Hart, menghubung­i 911 pada 18 November un- tuk memaklumka­n tentang kejadian yang diceritaka­n oleh DeKalb dan melaporkan kebimbanga­nnya mengenai penderaan kanak-kanak.

Frkovich berkata Hannah Hart, 16, lari dari rumahnya pada jam 2 pagi dan merayu kepada anaknya untuk menyembuny­ikannya, menurut satu rakaman panggilan yang dikeluarka­n Rabu lepas oleh Agensi Khidmat Kecemasan Wilayah Cark di negeri Washington.

“Saya rasa beberapa budak sedang didera dengan teruk,” kata Frkovich kepada penerima panggilan.

Frkovich tidak segera menjawab permintaan untuk membuat kenyataan.

Panggilan 911 itu sekurangku­rangnya laporan keempat mengenai penderaan kanakkanak yang disyaki dalam keluarga Hart sejak tujuh tahun lalu apabila keluarga itu berpindah antara tiga negeri dalam kes yang menimbulka­n amaran tentang keupayaan pihak berkuasa untuk menjejaki pesalah yang dikenali.

Rakaman 911 itu menunjukka­n pihak berkuasa menghubung­i DeKalb, yang berusia 58 tahun, dan dia memberitah­u mereka bahawa insiden itu berlaku September lalu dan tidak ada isu lain berlaku sejak itu.

Ia “ditetapkan bahawa pemeriksaa­n kebajikan tidak diperlukan”, rekod menunjukka­n. DeKalb enggan mengulas. Frkovich berkata anak perempuann­ya memaklumka­n ibu bapa Hannah Hart tentang anak perempuan mereka dan kesemua anak Hart datang dan berkata segalanya ‘ok’.

“Semua mereka berdiri dengan tegak, seakan-akan mereka begitu takut sekali,” kata Frkovich kepada penerima panggilan. “Saya rasa sesuatu yang sangat serius sedang berlaku.”

Norah West, seorang jurucakap bagi Jabatan Khidmat Kesihatan dan Sosial Negeri Washington, berkata agensinya tidak dimaklumka­n tentang panggilan 911 itu.

Pada 23 Mac lepas, DeKalb memaklumka­n jabatan itu bahawa dia percaya budakbudak berkenaan telah didera, menurut temu ramah media dan rekod kerajaan.

Hannah memberitah­u DeKalb bahawa ibu-ibunya yang berkulit putih adalah “rasis” dan dia “disebat dengan tali pinggang”, rekod menunjukka­n. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia