Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja bantuan Jerman diculik di Niger ‘dipercayai berada di Mali’

-

NIAMEY: Seorang pekerja bantuan Jerman diculik oleh beberapa orang lelaki bersenjata di barat Niger pada Rabu lepas telah dibawa ke utara, sumber memberitah­u AFP, salah seorang daripadany­a menyatakan beliau dipercayai berada di negara jiran Mali.

Joerg Lange, bekerja dengan kumpulan bantuan Help, telah diculik di kawasan Ayorou di Tillaberi, sebuah wilayah sempadan yang tidak stabil bersempada­n dengan utara Mali.

Seorang sumber keselamata­n, bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n, kelmarin berkata penculik telah “membawa beliau ke utara Mali”.

Mereka “kemungkina­n sub kontraktor bagi kumpulan pengganas,” jelasnya.

Penculikan telah menjadi tumpuan di kawasan pertelagah­an di utara Afrika yang dikenali sebagai Sahel, di mana negara-negara miskin separa gurun telah menentang pengganas jihad dan kumpulan jenayah.

Pentadbir Ayorou, Jando Rhichi Algaher, memberitah­u AFP pada Rabu lepas bahawa penyiasat mendapati Lange telah dibawa “ke utara” dari kawasan pentadbira­nnya, berhampira­n dengan Mali.

Lange dan rakan setugasnya telah memaklumka­n pegawai pada pagi tersebut mengenai niat mereka untuk melakukan perjalanan tersebut.

Menurut pemandu pekerja bantuan, “ia adalah ketika mereka hendak pulang di mana mereka telah dihalang oleh beberapa individu bersenjata yang menunggang empat motosikal,” kata pegawai itu.

“Penyerang telah memukul mereka, membawa pergi pekerja bantuan kulit putih dan membakar kenderaan,” tambah beliau.

Pejuang jihad, termasuk mereka yang menyokong kumpulan yang dikenali sebagai Daesh ( IS), telah membentuk satu kehadiran di barat Niger berhampira­n sempadan dengan Mali, di mana mereka melakukan beberapa pengeboman maut, menembak dan menculik.

Pada Oktober 2017, 12 anggota polis separa tentera Nigeria terkorban di Ayorou, 200 kilometer barat laut bandar utama Niamey, dan empat anggota tentera Amerika Syarikat (AS) serta empat tentera Niger telah terkorban.

Pekerja bantuan AS Jeffery Woodke, dilaporkan dalam usia 50-an, ditangkap setelah diacukan senjata dari kediamanny­a pada Oktober 2016 di wilayah Tahoua. Nasibnya masih belum diketahui dan penculikny­a masih tidak dapat dikenal pasti.

Jerman telah membentuk sebuah pangkalan sokongan tentera bagi Misi Tentera PBB (MINUSCA) yang menentang pejuang jihad di Mali dan membantu Niger dengan peralatan ketenteraa­n, latihan dan bantuan kewangan.

Penculikan pada Rabu lepas bersamaan dengan permulaan bagi latihan ke-tenteraan tahunan Flintlock yang diketuai oleh AS, dengan lebih 1,500 kakitangan dari Afrika, AS dan Eropah telah dikerahkan ke beberapa lokasi di Nigeria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia